KOTA BHARU: Tindakan ahli UMNO yang keluar parti itu beramai-ramai didakwa memberi kelebihan dan mengukuhkan lagi kedudukan Perikatan Nasional (PN) untuk meraih kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Ketua Angkatan Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, mereka yang keluar UMNO memahami isu-isu yang berlaku di peringkat pusat termasuk berkaitan agama, raja dan kaum (3R) serta menolak kerjasama antara Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).
Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang itu berkata, calon-calon baharu daripada PH-BN juga tidak akan memberi saingan yang hebat kepada PN di negeri itu bahkan lebih ramai ahli parti itu didakwa beralih menyertai Pas dan Bersatu.
“Calon-calon PH-BN tidak memberi saingan yang sengit kepada kami kerana di peringkat akar umbi sebenarnya pengundi-pengundi menolak pakatan antara PH-BN, khususnya orang Kelantan yang sangat faham akan isu berkaitan 3R dan DAP.
“Ramai ahli UMNO keluar daripada UMNO di Kelantan dan masuk ke Bersatu serta Pas.
Negeri paling banyak terima ahli UMNO ialah Kelantan kerana mereka konservatif dan tidak boleh terima perkara yang berlaku di peringkat pusat.
Calon-calon PRN mereka pula hanya beri penentangan namun tidak sengit dan masih boleh ditangani,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Sabtu.
Sebelum itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar mengikut jejak langkah bapanya bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, keluar UMNO pada Jumaat lalu dan menyokong PN.
Turut keluar parti itu, tokoh dan bekas pemimpin UMNO antaranya bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Sirajuddin Salleh, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Datuk Mohd Ibrahim Abu Bakar dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bagan Datuk, Datuk Dr Nik Mohammad Azli Nik Ariffin.
Pengisytiharan keluar parti itu juga disertai seluruh ahli jawatankuasa UMNO cawangan Cabang Tiga Haji Musa membabitkan 20 kepimpinan termasuk Afiq Amani yang menyebabkan jawatankuasa UMNO cabang berkenaan terbubar. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 05 2023

Wan Ahmad Fayhsal berkata, calon-calon baharu daripada PH-BN dijangka tidak akan memberi saingan yang hebat kepada PN di Kelantan. - Foto Facebook Wan Ahmad Fayhsal
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Pembangkang pertikai Wan Fayhsal tak dibenar duduk di galeri awam
Pembangkang memohon penjelasan Dewan Rakyat mengenai tindakan melarang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung enam bulan daripada mengikuti persidangan itu dari galeri awam.

Fitnah seleweng duit kementerian, Rafizi saman Wan Ahmad Fayhsal
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bakal memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan dakwaan menyeleweng duit kementerian.

Wan Fayhsal panik, cuba salahkan pihak luar - Fahmi
Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendakwa media rasmi PKR, Suara Keadilan, menyunting klip video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah reaksi 'panik'.

Imuniti Ahli Parlimen semasa berucap, berbahas ada batasnya - Pakar
Wakil rakyat perlu mencerminkan keperibadian terpuji dan perlu mengelak daripada kecenderungan untuk menghasut semasa berucap atau berbahas.

Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.

Qunut Nazilah bukan untuk perbalahan politik - Saifuddin Nasution
Tindakan ahli Parlimen pembangkang membaca Qunut Nazilah di Dewan Rakyat dilihat melampaui batas dan perlu ditolak rakyat.

Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.

Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata, mesyuarat prasidang Parlimen berlangsung pada Ahad memutuskan gabungan parti itu akan membawa suara rakyat.

Enam MP Bersatu gugur keahlian, terlucut kerusi Parlimen - Wan Fayhsal
Keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tergugur secara automatik.