MELAKA: Tindakan keluar UMNO beramai-ramai termasuk melibatkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar semalam tidak merencatkan semangat perjuangan ahli lain untuk terus setia kepada parti.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam kenyataan hari ini berkata, Pemuda akan terus istiqamah dalam meneruskan dan menggalas tanggungjawab diberikan untuk memperkukuhkan parti.
"Pemimpin itu datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti. Perjuangan UMNO tetap diteruskan.
"Suka untuk saya ingatkan dan berpesan kepada rakan-rakan Pemuda UMNO, perjuangan kita ini tidak berlandaskan individu atau mana-mana figura politik tetapi pejuangan Pemuda UMNO adalah untuk meneruskan fungsi dan peranan institusi dalam merekrut anak muda, memelihara perjuangan agama, bangsa dan tanah air," katanya.
Media semalam melaporkan selain Afiq Amani, turut mengumumkan keluar UMNO adalah Ketua Penerangan Pemuda bahagian itu, Ahmad Syauqi Mazlan.
Dr Muhamad Akmal berkata, berikutan perkembangan itu, jawatan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh dipangku Naib Ketua Pemuda bahagian Azhan Ishak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Akmal (gambar) berkata, berikutan perkembangan terbaru ahli UMNO keluar parti semalam, jawatan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh dipangku Naib Ketua Pemuda bahagian Azhan Ishak. - Facebook Dr Akmal Saleh

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Tindakan keluar parti tidak rencat perjuangan Pemuda UMNO - Akmal Saleh
Pemuda UMNO akan terus istiqamah dalam meneruskan dan menggalas tanggungjawab diberikan untuk memperkukuhkan parti.

Tindakan keluar parti, beri kelebihan kepada PN - Wan Ahmad Fayhsal
Katanya, mereka yang keluar UMNO memahami isu-isu yang berlaku di peringkat pusat termasuk berkaitan 3R serta menolak kerjasama PH-BN.