KUALA LUMPUR: Dakwaan Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz bahawa beliau disenarai hitam daripada memegang sebarang pertubuhan berdaftar adalah tidak tepat.
Sebaliknya, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menjelaskan, tindakan yang dikenakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu berikutan pembatalan pendaftaran Persatuan Ekonomi Merdeka (Nombor pendaftaran: PPM002-10-03112017) melalui notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(iv) pada 28 Oktober 2022.
“JPPM ingin menegaskan bahawa tindakan ini adalah berpandukan kepada segala proses siasatan dan undang-undang yang teratur.
“Ia juga berdasarkan kepada kuasa yang termaktub dalam Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Berdasarkan laporan media pada Jumaat, Amira Aisya memperoleh kebenaran meneruskan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar tindakan JPPM menyenaraihitamkan dirinya sehingga tidak boleh memegang jawatan dalam sebarang pertubuhan berdaftar.
Merujuk salinan afidavit sokongan terhadap semakan kehakimannya bertarikh 13 Julai, Amira Aisya mendakwa dia mendapat tahu dirinya telah disenaraihitamkan melalui hantaran emel daripada JPPM bertarikh 18 April.
Tambah JPPM, tindakan tersebut turut mengikat beliau di bawah Seksyen 49 dalam akta yang sama. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 02 2023

Amira Aisya mendakwa dia mendapat tahu dirinya telah disenaraihitamkan melalui hantaran emel daripada JPPM bertarikh 18 April. - Gambar/ Sinar Harian

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.

Pupuk rasa 'muda', pejabat bina gelongsor untuk pekerja
Seiring peningkatan usia dan perlu menjalani tanggungjawab menjadi dewasa, kadangkala sukar untuk mengekalkan tenaga seperti zaman muda dahulu.

MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina
Pada September 2022 hingga Februari 2023, Perlis diramal menerima taburan hujan antara 200-300mm dan Kedah, antara 290-440mm.

Undi18 harap pemilihan Exco muka baharu, muda jadi ikutan negeri lain
Tharma Pillai berharap pemilihan orang muda dan muka baharu sebagai exco kerajaan negeri di Johor akan menjadi ikutan negeri-negeri lain mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Isu kecekapan orang muda tidak akan timbul, jentera Johor sudah sedia cekap- Exco Agama Johor
Exco kerajaan negeri Johor kalangan orang muda yang baharu dilantik akan saling melengkapi dan memberi idea baharu bagi menambahbaik kecekapan pentabiran negeri.

PRN Johor: PKR umum calon Kempas dan Larkin, beri bayangan rundingan dengan Muda tidak menjadi
Anwar telah mengumumkan calon PKR untuk lima kerusi, iaitu Larkin, Kempas, Bukit Batu, Tiram, dan Pasir Raja.

Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman kepada PH - Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menganggap kerjasama yang terjalin di antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bukan ancaman.

MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.

Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan
Cara merawat masalah rambut beruban dengan hanya menggunakan daun pokok rambutan. Ikuti perkongsian dalam artikel ini.

Wan Ahmad Fayhsal nafi 'ugut' Syed Saddiq, anggap seperti adik sendiri
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pertemuan baru-baru ini bukan untuk membuat tawaran atau ugutan kepada Syed Saddiq.