KUCHING: Sebelum 1999, Datuk Seri Tiong King Sing lebih dikenali sebagai seorang tokoh korporat sehinggalah beliau diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Bintulu pada tahun berkenaan, yang menjadi permulaan langkahnya untuk mengubah haluan menjadi ahli politik.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Tiong dilantik sebagai Menteri Pelancongan, salah seorang daripada 28 Menteri Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini.
Bermula sebagai Bendahari Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di bawah kepimpinan presiden SNAP ketika itu, mendiang Datuk Amar James Wong Kim Min, Tiong, 61, kini dikenali sebagai seorang ahli politik yang bersuara lantang dan telah beberapa kali terjebak dalam pelbagai kontroversi.
Dalam cubaan pertamanya untuk menjadi Ahli Parlimen, beliau telah memenangi kerusi Parlimen Bintulu dalam Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) dengan menewaskan penyandang kerusi ketika itu, Chiew Chin Sing (DAP) dengan majoriti 1,400 undi.
Pada tahun yang sama juga beliau telah disingkirkan dari SNAP bersama beberapa orang pemimpin lain dalam parti berkenaan, dikatakan kerana melanggar disiplin.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Di sebalik kontroversi dipecat dari SNAP, popularitinya semakin meningkat apabila dalam PRU11 pada 2004, Tiong mewakili BN menerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), berjaya mempertahankan kerusi Bintulu dengan mendapat majoriti lima angka, menjangkau 10,658 undi dalam pertembungan semula dengan Chiew.
Tiong terus mengukuhkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Bintulu dengan memenangi empat lagi pilihan raya seterusnya dan pada PRU15 lepas, beliau memperolehi 43,455 undi menewaskan dua calon lain dengan majoriti 22,168 undi.
Beliau yang menjadi Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) sejak 2016 juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak bagi kerusi Dudong yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 pada Disember lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022
![Tiong King Sing: Dari dunia korporat ke politik Tiong King Sing: Dari dunia korporat ke politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670062002_TiongKingSing.jpg)
Tiong dilantik sebagai Menteri Pelancongan, salah seorang daripada 28 Menteri Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini. - Gambar fail
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Banjir: King Sing akui tidak menang tangan bantu penduduk Bintulu Banjir: King Sing akui tidak menang tangan bantu penduduk Bintulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738494879_tbDatoSeriTiongK.jpg)
Banjir: King Sing akui tidak menang tangan bantu penduduk Bintulu
Tiong berkata banjir yang berlaku terlalu besar hingga beliau dan pasukannya telah tidak menang tangan dalam membantu penduduk Bintulu dan kawasan Dewan Undangan Negeri Dudong.
![Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737272190_TBTIONKING.jpg)
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
![MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026 MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712829048_TBcutiraya.jpg)
MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.
![ATF 2025: ASEAN perlu tingkat kerjasama rentas sempadan, galakkan lebih ramai pelancong ATF 2025: ASEAN perlu tingkat kerjasama rentas sempadan, galakkan lebih ramai pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737272190_TBTIONKING.jpg)
ATF 2025: ASEAN perlu tingkat kerjasama rentas sempadan, galakkan lebih ramai pelancong
Negara-negara blok ASEAN mesti terus menjalin kerjasama erat dalam aspek rentas sempadan sebagai usaha menggalakkan kemasukan lebih pelancong ke negara rantau ini.
![Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737250840_ASEANTourismForum.jpg)
Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.
![Malaysia seru menteri pelancongan ASEAN pupuk semangat komuniti serantau Malaysia seru menteri pelancongan ASEAN pupuk semangat komuniti serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736414510_TBKINGSING.jpg)
Malaysia seru menteri pelancongan ASEAN pupuk semangat komuniti serantau
Kerjasama diperlukan untuk melindungi warisan dan masyarakat serantau dan memperkukuh kehadiran ASEAN di persada global.
![TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736929494_tbForumPelancongan.jpg)
TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara.
![VM2026: Pemain industri pelancongan digesa tingkatkan perkhidmatan - Tiong VM2026: Pemain industri pelancongan digesa tingkatkan perkhidmatan - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736414510_TBKINGSING.jpg)
VM2026: Pemain industri pelancongan digesa tingkatkan perkhidmatan - Tiong
Pemain industri pelancongan digesa supaya bersiap sedia dan meningkatkan perkhidmatan mereka selari dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
![Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719659054_TiongKingSing.jpg)
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
![TMM 2026: Malaysia fokus pelancongan berimpak tinggi, mampan - Tiong TMM 2026: Malaysia fokus pelancongan berimpak tinggi, mampan - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736143337_TBTiongKingSing.jpg)
TMM 2026: Malaysia fokus pelancongan berimpak tinggi, mampan - Tiong
Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dilaksanakan dengan berteraskan dua tonggak utama iaitu Pelancongan Berimpak Tinggi dan Pelancongan Mampan.