PAS tidak perlu menunggu sebulan untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) seperti yang ditawarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS kekal dengan dasar untuk tidak bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
“Tak perlu tunggu sebulan dengan PPBM. Kita sudah ada dasar. Dasar (kita) tidak kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan AMANAH.
“Kita sudah buat keputusan, semua parti ada hubungan dengan DAP dan AMANAH, kita tak ada hubungan dengan mereka.
“Tak perlu tunggu (PPBM). Bila dia dah ada hubungan dengan DAP dan AMANAH, habislah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan PAS di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Ampang hari ini.
Malah jelasnya, PAS akan membuat keputusan mengenai hubungan dengan PKR dalam Muktamar parti Islam itu pada 28 April ini di Alor Setar.
“PKR pun kita akan buat keputusan masa Muktamar nanti,” katanya.
Namun PAS masih berteka-teki mengenai sama ada akan meneruskan hubungan dengan PKR atau tidak.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak perlu memberi tempoh kepada PAS kerana pendirian PAS jelas iaitu tidak akan menyertai PH.
Sekiranya PPBM masih lagi berhasrat untuk menjalinkan kerjasama politik, parti baru itu perlu keluar dari PH dan menyertai Gagasan Sejahtera.
“Dia (Tun Mahathir) serang PAS, perlekeh PAS, namun tiba-tiba mengajak PAS...kita sudah buat keputusan kita tidak akan sertai PH kerana ada Amanah dan DAP tetapi boleh kerjasama dengan pembangkang lain.
“Kita tawarkan PPBM dan PKR tinggalkan PH dan masuk bersama kami dalam Gagasan Sejahtera dan ada peluang untuk tumbangkan BN.
“Itu kita tunggu pandangan syura, sebab PAS Pusat belum bincang dan buat keputusan kalau nak kerjasama boleh tapi tidak dalam PH,” katanya ketika diminta mengulas mengenai PPBM yang memberi tempoh sebulan kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai PH ataupun tidak.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan PAS susulan pertemuan kedua-dua parti pada 1 Februari lepas.
Mohd Amar berkata walaupun sebelum ini PPBM dan PAS sudah mengadakan rundingan, namun belum ada kata putus lantaran Majlis Syura serta Jawatankuasa PAS Pusat belum membuat sebarang keputusan.
Pada masa sama, PAS masih membuka pintu rundingan dengan pembangkang namun tidak melalui PH.
Astro Awani, Muhafandi Muhamad
Sun Feb 12 2017
PAS kekal dengan dasar untuk tidak bekerjasama dengan parti yang menjalin kerjasama dengan DAP dan Amanah. Foto BERNAMA
Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.
Rancangan peluasan Israel jejas kestabilan Asia Barat, kata Pakistan
Pakistan menggesa pelaksanaan "gencatan senjata segera dan penuh."
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
Gencatan senjata: Malaysia bincang dengan Jepun, segerakan pembangunan semula Gaza
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan menghubungi rakan sejawatannya Shigeru Ishiba hari ini untuk membincangkan perkembangan mutakhir itu.
#AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 Januari 2025
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
PH buka ruang bincang kerjasama dengan BN pada PRU16 - PM Anwar
PM sifatkan hubungan kerjasama Pakatan Harapan dengan parti UMNO dan Barisan Nasional sangat memuaskan pada peringkat sekarang.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar
UMNO Sabah akan perkukuhkan parti di semua peringkat terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang.
'Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun M sebab wang' - Puad
Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa kerjasama semula antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan faktor wang.
Muhyiddin sedia bekerjasama dengan Tun Mahathir
Dalam satu kenyataan di media sosial, Muhyiddin berkata kerjasama itu adalah demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.
Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
BN belum tentukan kerjasama dengan siapa hadapi PRN - Mohamad Hasan
Barisan Nasional (BN) belum membuat keputusan mengenai kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.
PRU15: Masih ada ruang untuk kerjasama UMNO, Pas - Annuar
Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata masih ada ruang untuk kerjasama politik antara parti itu dengan Pas bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).
Perpaduan ummah: Pas terus komited erat hubungan dengan UMNO, Bersatu - Idris
Pas masih lagi komited untuk mengeratkan hubungan dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sehingga kini.
Muhyiddin tak mahu kleptokrat kembali berkuasa
Pejabat bekas Perdana Menteri Kelapan itu menyangkal laporan portal berkenaan dan menyifatkan kurang tepat.