KUALA LUMPUR: Perbincangan antara Top 5 UMNO yang berlangsung pada sebelah petang tadi telah berlangsung dengan baik, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, kelima-lima mereka telah mencapai kesepakatan dalam isu yang dibincangkan.
Selain Mohamad, Top 5 yang lain ialah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
“Alhamdulillah, perbincangan bersama kepimpinan Top 5 parti tengah hari tadi berlangsung dengan baik. Dapat capai kesepakatan untuk kebaikan parti bergerak kehadapan,” katanya lagi.
Biarpun tidak memperincikan maksud ‘kesepakatan itu’, ia hampir pasti berkenaan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.
Media difahamkan, perbincangan berkenaan tarikh itu juga dibawa ke mesyuarat Biro Politik selepas itu.
Ketika ini Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Ahmad Zahid, masih sedang berjalan.
Firdaus Azil
Fri Sep 30 2022

Perbincangan antara Top 5 UMNO yang berlangsung pada sebelah petang tadi telah berlangsung dengan baik, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan. - Foto Facebook/Khaled Nordin

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.

"Mesyuarat UMNO malam ini tidak libatkan 'Top 5', hanya bincang manifesto PRU15" - Khaled
Bekas pemimpin Pas, Mohd Khairuddin Aman Razali turut kelihatan di Menara Dato Onn, namun, tidak pasti apa tujuan beliau.

'Top 5' UMNO sudah capai kesepakatan - Tok Mat
Perbincangan antara Top 5 UMNO yang berlangsung pada sebelah petang tadi telah berlangsung dengan baik, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan.

PM hadiri mesyuarat 'Top 5' UMNO
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini menghadiri mesyuarat membabitkan lima pemimpin tertinggi (Top 5) UMNO di Menara Dato' Onn, di ibu negara.

Belum dapat ilham untuk bubar Parlimen - Ismail Sabri
Katanya, sebarang keputusan mengenai tarikh bubar Parlimen bergantung kepada perbincangan dalam kalangan Top 5 UMNO 30 Sept ini.

Muafakat Nasional: Pas tunggu 'Top 5' UMNO selesai mesyuarat
Pas engan terburu-buru, sentiasa terbuka mengadakan rundingan dengan mana-mana parti termasuk UMNO.

Mesyuarat 'Top 5' UMNO Sabtu ini ditangguhkan - PM
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

PM jumpa 'Top 5' UMNO sebelum Bajet 2023 bincang tarikh PRU15
Selepas bincang dengan 'Top 5' UMNO, PM akan jumpa rakan parti komponen pula.

PAU2021: 'Top 5' UMNO akan duduk, bincang isu pembubaran Parlimen - Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, isu pembubaran Parlimen akan dibincangkan bersama lima pemimpin tertinggi UMNO bagi mencari jalan terbaik sebelum memutuskanya.