KOTA BHARU: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh menyifatkan tugas sebagai Ahli Dewan Negara sama berat dengan Ahli Parlimen yang pernah disandangnya sebelum ini.
Bekas Ahli Parlimen Bachok dan Pasir Mas itu berkata, beliau sedia memberikan perkhidmatan terbaik pada penggal kali ini selepas diberi mandat oleh Kerajaan Kelantan.
"Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mencadangkan saya sebagai ahli Dewan Negara kali ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan di Kota Darul Naim pada Selasa.
Sebelum itu Sinar Harian melaporkan, Nik Abduh dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri Kelantan.
Cadangan pelantikan Nik Abduh itu dikemukakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan ia mendapat sokongan dari Timbalannya, Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah kemudian membawa cadangan itu untuk mendapat undian dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
ADUN Kelantan secara majoriti menerima cadangan tersebut.
Pemilihan Nik Abduh itu bagi menggantikan Mohamad Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 05 2023

Nik Mohamad Abduh (dua dari kanan) bersama kepimpinan Perikatan Nasional (PN) Kelantan pada Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan di Kota Darul Naim pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

PRN: Isu Nik Abduh, Mohd Amar: Nik Din diam diri
Nik Din Nik Mat mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak lagi mahu memberikan sebarang ulasan berkait isu Nik Abduh dan Mohd Amar.

3 Ahli Parlimen termasuk Annuar Musa disah negatif COVID-19
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masing-masing negatif COVID-19.

Isu bekalan air Kelantan ada harapan untuk diselesaikan - Nik Abduh
Nik Mohamad Abduh Nik Aziz percaya, kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat dan negeri dapat menyelesaikan isu itu.

'Saya menanggung persepsi rakyat terhadap calon Pas di Pasir Mas'
Anak jati Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat diketengahkan bagi menggantikan tempat Nik Mohamed Abduh.

Rampas Selangor: Azmin dinasihat jangan emosi, tegur dulu Amanah
Nik Abduh berkata kenyataan tersebut sebenarnya ditujukan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai tindak balas terhadap parti serpihan Pas itu yang begitu bertekad merampas Kelantan.

PAS nafi Nik Abduh hadir ke Himpunan Rakyat Bersatu
PAS menafikan kehadiran Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ke Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok.

'Putus kerjasama dengan DAP sesuai dengan kehendak Allahyarham Nik Aziz'
Tindakan PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP dalam pakatan pembangkang adalah satu keputusan yang betul dan selaras dengan kehendak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

DAP lah habis, Pakatan Rakyat belum habis - Nik Abduh
Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata beliau masih yakin dengan kewujudan Pakatan Rakyat meskipun sekutunya DAP sudah mengisytiharkan gabungan itu tidak lagi wujud.

'DAP seperti anak kecil', kata Nik Abduh
Parti DAP seumpama anak kecil yang menghentak-hentak kaki kerana tidak dapat apa yang ia mahukan, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Aziz beransur pulih, Nik Abduh adakan sidang media pukul 11 pagi ini
Anak kepada Mursyidul Am PAS tersebut, Nik Mohamad Abduh akan mengadakan sidang media pada jam 11 pagi ini.