Tujuh calon anak muda yang bertanding pada PRU14 ini menerima Dana Sinar Anak Muda Dalam Politik yang dilancarkan Sinar Harian 9 April lalu.
Mereka yang terpilih ialah calon Bersatu Dun Kayang, Perlis, Abdul Hannaan Khairy, 24; calon PKR Dun Damak, Wong Chun Yuan, 29; calon DAP Dun Ketari, Young Syefura Othman (Dun Ketari, Bentong), 28; calon MCA Dun Sekinchan, Lee Yee Yuan Dun, 29 dan calon Amanah Dun Paka, Hasbie Muda, 30.
Setiap seorang menerima RM15,000 kerana bertanding di peringkat Dun.
Sementara calon Pas Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad, 29, dan calon Bersatu Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima RM30,000 setiap seorang.
Setiausaha Sekretariat, Norden Mohamed berkata, selain wang tunai, calon yang terpilih akan mendapat liputan satu halaman di Sinar Harian dan temubual secara langsung di Sinar Online.
Katanya, idea mewujudkan dana ini tercetus apabila Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan beberapa orang dermawan berbincang lalu sedar betapa moleknya jika masyarakat dapat menggalakkan anak-anak muda untuk terlibat sama dalam politik untuk membina negara.
“Bagaimanapun, sebagai orang muda, mereka ini menghadapi kekangan kewangan dan perlu dibantu bagi merealisasikan hasrat mereka.
“Oleh itu, mereka sepakat menubuhkan dana ini dan hasilnya setakat ini sejumlah RM300,600 telah terkumpul melalui sumbangan seorang juruterbang, individu awam, Pengarah Urusan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak serta sumbangan seorang negarawan yang tidak mahu dikenali,” katanya dalam satu kenyataan.
Norden berkata, Dana Sinar memperuntukkan kuota untuk semua calon anak muda daripada mana-mana parti politik di Semenanjung yang bertanding pada PRU14.
Beliau berkata, pihaknya masih membuka permohonan kepada calon-calon anak muda yang masih belum memohon daripada parti Umno, MIC, Gerakan dan calon Bebas.
“Akhbar Sinar Harian sebagai pengendali dana ini ingin menyumbang secara sama rata iaitu seorang mewakili sebuah parti.
“Ini bertepatan dengan tujuan agar semua anak-anak muda yang mewakili parti politik masing-masing dapat sama-sama membina masa depan negara sebagai matlamat utama.
“Sebagai usaha permulaan, perlaksanaan dana ini masih belum begitu lancar namun ia akan terus diperbaiki. Untuk pengetahuan, baki sumbangan dana ini akan digunakan bagi membina anak-anak muda dalam aktiviti politik berwadah nasional.
“Ia akan terus diaktifkan walaupun selepas PRU14, malah untuk tahun-tahun mendatang. Untuk itu, sesiapa sahaja dipelawa untuk menyumbang dana ini,” katanya.
Sinar Harian
Sat May 05 2018
![Tujuh calon muda terima Dana Sinar Tujuh calon muda terima Dana Sinar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525495138_CalondanaSinar.jpg)
Tujuh calon anak muda yang bertanding pada PRU14 ini menerima Dana Sinar Anak Muda Dalam Politik yang dilancarkan Sinar Harian 9 April lalu.
![Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024 Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739357074_DOSMStatistik.jpg)
Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye wajar wujudkan konsortium, bangunkan pelabuhan
Pengarah & Penganalisis Institut Penyelidikan Indonesia, Thailand dan Singapura (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkata Malaysia dan Turkiye wajar untuk mewujudkan sebuah konsortium untuk membangunkan pelabuhan secara bersama di Marmara dan Bosphorus di Turkiya dan Selat Melaka. Jelasnya, kedua-dua negara juga wajar meneroka peluang baharu dalam industri perkapalan antarabangsa. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan
Pensyarah Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Mohd Iqbal Abdul Wahab berkata Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan. Jelasnya, Malaysia tidak perlu ragu-ragu untuk meneroka industri berkenaan memandangkan Turkiye sudah menunjukkan kesediaan untuk membuka peluang dan mempunyai kepakaran yang diiktiraf dunia. #AgendaAWANI
![Pasaran getah KL ditutup tinggi Pasaran getah KL ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677052357_TBgetah.jpg)
Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
![Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695257373_AnwarErdoan.jpg)
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
![Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Memahami kehendak anak muda, antara cabaran membangun negara baharu - Xanana Gusmao Memahami kehendak anak muda, antara cabaran membangun negara baharu - Xanana Gusmao](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733238786_KayRalaXananaGusm.jpg)
Memahami kehendak anak muda, antara cabaran membangun negara baharu - Xanana Gusmao
Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao berkata antara cabaran lain didepani sebagai sebuah negara yang baharu adalah memahami kehendak generasi muda.
![Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732613441_ZambryAbdulKadir.jpg)
Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
![Anak muda sanggup rentas sempadan, guna laluan tidak sah untuk berhibur di Thailand Anak muda sanggup rentas sempadan, guna laluan tidak sah untuk berhibur di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730732613_sungaigolok.jpg)
Anak muda sanggup rentas sempadan, guna laluan tidak sah untuk berhibur di Thailand
Mereka biasanya bertindak memarkir kenderaan di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand.
![TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725898030_WSC.jpg)
TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.
![SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721613134_tbSUKMASarawak.jpg)
SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang
Sabah bakal menampilkan 90 peratus atlet muda dan muka baharu dalam saingan lawan pedang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak bulan depan.
![PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - SPR PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720244546_RamlanHarun.jpg)
PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - SPR
Peratusan anak muda keluar mengundi pada PRK Sungai Bakap pada sebelah pagi dilihat agak memberangsangkan.
![RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716187852_TeoNieChing.jpg)
RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda
RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.
![Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715420110_FahmiFadzil.jpg)
Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi
Usaha 'meremajakan' PKR yang menginjak usia 25 tahun perlu terus dilaksana dengan memastikan setiap dasar, program dan aktiviti parti memenuhi aspirasi anak muda pada masa ini.
![Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715092430_BPSBWP.jpg)
Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.
![Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712138012_TBbuburlambuk.jpg)
Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.