Polis menahan tujuh individu bagi membantu siasatan kejadian merusuh semasa pemilihan PKR Cabang Tanjong Karang petang Ahad kata Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Md Asri A Wahab.
Menurutnya kesemua lelaki berusia antara 19 dan 49 tahun itu ditahan antara pukul 9 malam hingga pukul 10.30 malam hari yang sama, setelah mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor dekat sini.
"Selain merusuh, kedua-dua pihak dari kem yang bertanding dalam pemilihan itu juga ada melakukan ugutan sesama mereka. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah Md Asri, tiada individu mengalami kecederaan serius dalam kejadian berkenaan dan tiada sebarang senjata digunakan.
Pada Ahad, berlaku kekecohan ketika pemilihan PKR cabang itu yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang apabila penyokong dua calon Ketua Cabang bergaduh kerana berebut pengundi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang apabila penyokong calon yang bertanding masing-masing cuba memujuk pengundi di pintu masuk, sebelum kekecohan tercetus sehingga membawa kepada tumbuk-menumbuk serta berbaling kerusi.
Insiden itu berlaku hampir seminit sebelum berjaya dileraikan pihak polis dan anggota parti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 30 2018

Pada Ahad, berlaku kekecohan ketika pemilihan PKR cabang itu yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang apabila penyokong dua calon Ketua Cabang bergaduh kerana berebut pengundi. - Gambar hiasan

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Tujuh ditahan merusuh semasa pemilihan PKR Tanjong Karang
Md Asri berkata, tiada individu mengalami kecederaan serius dalam kejadian berkenaan dan tiada sebarang senjata digunakan.