KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekesalannya melantik Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, individu yang telah mengkritik beliau dalam memoirnya.
Seandainya diberi peluang untuk mengundurkan waktu, Dr Mahathir berkata, beliau tentu sekali tidak akan memilih Tommy, sebaliknya, melantik individu lain untuk mengisi jawatan berkenaan.
“Kalau saya tahu jadi begini, saya akan lantik orang lain tentunya. Tetapi pada masa itu, saya fikir ia akan memberi pengalaman baharu untuk ada Peguam Negara yang profesional,” kata negarawan itu dalam wawancara dengan portal Free Malaysia Today.
Dr Mahathir turut mendakwa kritikan yang dibuat Thomas itu ada kaitan dengan krisis kehakiman pada 1987 yang menyaksikan Tun Salleh Abas dipecat sebagai Ketua Hakim Negara.
Untuk rekod, krisis kehakiman itu berlaku ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kali pertama.
“Saya tidak sedar Thomas masih ada kesan sejarah lepas yang nampaknya masih mempengaruhinya,” ujar Dr Mahathir.
Bekas Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau tahu Thomas “menentangnya” ketika menjadi Perdana Menteri buat kali pertama.
Dalam wawancara itu, Dr Mahathir juga memberitahu, beliau sudah menjangkakan orang Melayu akan marah, tetapi tetap meneruskan pelantikan itu.
“Saya fikir TT (Tommy Thomas) bagus, seorang Peguam Negara yang profesional dan akan bertugas mengikut undang-undang dan bukannya kerana beliau buat perkara yang disuruh,” ujar Dr Mahathir lagi.
Dr Mahathir mengulas mengenai tulisan dalam memoir Thomas yang bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” yang mana antara kandungan buku tersebut, bekas Peguam Negara itu memberitahu Dr Mahathir mahu beliau meletak jawatan pada hari sama beliau dilantik kerana bimbang dengan kemarahan orang Melayu.
BACA: Tun Mahathir hairan Tommy Thomas tidak faham isu kejatuhan PH
Pada 2018, selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, Thomas dilantik sebagai Peguam Negara bukan Melayu yang pertama sejak penubuhan Malaysia pada 1963.
Beliau juga peguam pertama yang dilantik secara langsung memegang jawatan itu.
Pada Rabu lalu, Dr Mahathir berkata, beliau terkejut membaca petikan daripada buku itu.
“Thomas adalah antara peguam yang bencikan saya,” kata Dr Mahathir.
Astro Awani
Fri Feb 05 2021
Tun Dr Mahathir mendakwa, kritikan yang dibuat Tan Sri Tommy Thomasada kaitan dengan krisis kehakiman pada 1987 yang menyaksikan Tun Salleh Abas dipecat sebagai Ketua Hakim Negara. - Gambar fail
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.
Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.
'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.
Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.
Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.