Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir didakwa memiliki wang tunai bernilai RM83 bilion di Taiwan.
Perkara ini didedahkan oleh individu, Abdul Hameed Gula Maiden yang mendakwa dirinya sebagai bekas pegawai khas tidak rasmi ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Abdul Hameed mendakwa jumlah wang tersebut diseludup ahli politik veteran tersebut sekitar tahun 1982 hingga 1995.
"Saya ada maklumat wang RM500 dan RM1,000 masih disimpan di Taiwan. Kami ada senarai nombor siri wang berjumlah RM83 bilion itu.
"Masa Tun M berkhidmat di Kementerian Kewangan terdapat tiga individu lain yang mengetahui perkara ini.
"Wang-wang itu dicetak di London dan dihantar ke Taiwan dan dipegang oleh CKS Foundation secara berperingkat antara tahun 1982 dan 1995. Wang itu masih ada di sana," dakwanya dalam sidang media, di sini pada Khamis.
Menerusi dokumen yang didedahkan kepada media di sini hari ini, sejumlah 35,980,800 keping wang kertas RM500 dan 65,417,100 keping wang kertas RM1,000 masih disimpan di Taiwan.
“Dulu kalau kita keluarkan ‘dosa-dosa’ Tun Dr Mahathir, kita akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Abdul Hameed turut mendakwa maklumat yang dikongsikan kepada media sebelum ini berhubung perkara tersebut hanya merangkumi 10 peratus daripada keseluruhan maklumat yang dimilikinya.
"Ini baru 10 peratus, ada lagi 90 peratus 'dosa-dosa' Mahathir yang akan saya bongkarkan tidak lama lagi terutamanya isu Memali," tambahnya.
Sidang media itu dihadiri oleh beberapa orang wakil media dari beberapa portal berita dan akhbar di pejabat Presiden Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP), Rajesh Rao.
Astro AWANI cuba mendapatkan reaksi Tun Mahathir berhubung dakwaan ini tetapi masih belum mendapat sebarang reaksi daripada pihaknya.
Hilal Azmi
Thu Aug 17 2017

Abdul Hameed (tengah) bersama-sama pegawai tugas khas PMSP, Shafik Abdullah di sidang media yang diadakan di sini hari ini. - Foto Astro AWANI/HILAL AZMI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Tun M miliki hampir 100 juta keping wang kertas RM500, RM1,000?
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir didakwa memiliki wang tunai yang disimpan di Taiwan bernilai RM83 bilion.