KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia meninggalkan parti Pejuang yang baharu didaftarkan sekiranya diberikan peranan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Pengerusi Pejuang itu berkata demikian ketika ditanya pengacara Harith Iskander dalam Program "What's Going On, Malaysia?" pada Rabu.
"Pejuang adalah parti politik. Suatu hari nanti kita akan adakan pilihan raya dan pada masa itu Pejuang akan bertanding. Tetapi yang penting sekarang ialah, kita sudah berdaftar. Jadi, masalah itu selesai.
"Tetapi, pada masa ini kami tidak fokus pada Pejuang. Kami tidak buat apa-apa mengenai Pejuang. Kami tidak cuba untuk jadi PM atau menggulingkan kerajaan.
"Apa yang kami mahu ialah supaya kerajaan menubuhkan badan seperti yang ditubuhkan pada 1969 oleh Tunku Abdul Rahman ketika dia melantik Tun Razak sebagai ketua organisasi Mageran.
"Dan Tun Razak yang menyelesaikan masalah itu, diberi kuasa penuh. Kami ingin lihat tumpuan diberi kepada usaha menyelesaikan masalah tanpa bermain politik.
"Malah, jika saya terlibat dengan cara apa sekali pun, saya sedia letak jawatan dalam Pejuang," katanya.
Ahli Parlimen Langkawi itu turut mahu memberikan komitmen sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah berkaitan COVID-19.
“Saya akan memberikan sepenuh usaha untuk menyelesaikan masalah COVID secara sepenuh masa.
“Saya tidak perlu berada dalam Pejuang. Pejuang akan diteruskan, tetapi saya mahu fokus kepada perkara ini.
“Walaupun terdapat cabaran dalam Pejuang tetapi semuanya telah dikendalikan dan apa yang kita perlu lakukan ialah memastikan objektif Pejuang dibawa oleh semua ahlinya,” ujar beliau.
Dr Mahathir turut mendedahkan beliau bersetuju untuk berjumpa Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selepas menerima panggilan daripada Menteri Penyelaras PPN itu.
“Dia (Tengku Zafrul) mahu tahu apa yang difikirkan saya ketika saya mulakan idea yang kita patut tubuhkan Majlis Pemulihan Negara.
"Dan sekarang mereka (kerajaan) mempunyai ‘majlis’ yang sama. Dan saya rasa mereka mahu tahu apa pelan saya dan minta mahu jumpa saya.
“Saya setuju dan dia (Tengku Zafrul) bertanya bagaimana rancangan saya untuk lakukan sesuatu mengenai peningkatan kes COVID-19.
“Saya bimbang dengan apa yang berlaku kepada orang ramai dan sekiranya saya boleh bantu, saya tidak akan simpan sendiri.
“Sekiranya saya tidak boleh lakukan, sekurang-kurangnya seseorang akan melakukannya. Jadi, saya jawab banyak soalan tentang bagaimana menangani SOP dan vaksin.
"Apa yang dia tanya, saya jawab secara jujur apa idea saya dan dia tulis dalam bukunya,” ujar Dr Mahathir.
Ditanya sama ada beliau ditawarkan sebarang peranan dalam PPN, Dr Mahathir berkata tidak.
“Tidak. Dia (Tengku Zafrul) memberikan saya al-Quran sebagai hadiah. Itu sangat baik. Tiada pelawaan untuk menyertai (PPN), dia cuma tanya saya apa yang perlu dilakukan.
“Saya rasa dia mahu melakukannya tanpa penglibatan saya,” katanya.
Afiezy Azaman
Thu Jul 15 2021

Dr Mahathir berkata, beliau setuju berjumpa Tengku Zafrul selepas menerima panggilan daripada Menteri Kewangan yang juga Menteri Penyelaras PPN itu. - Astro AWANI

Tiga terbunuh dalam nahas helikopter di Mississippi, AS
Mangsa termasuk seorang juruterbang dan dua kakitangan hospital.

Elon Musk sahkan X hadapi 'serangan siber besar-besaran'
Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar, kata Musk.

Hanya 20 peratus pegawai, anggota JBPM Melaka dibenar bercuti Aidilfitri
Hanya 20 peratus daripada 496 pegawai dan anggota JBPM Melaka dibenar bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Pasangan kekasih ditahan curi ikan tongkol waktu sahur
Pasangan suspek itu turut didapati mencuri telefon bimbit dan tabung gas mangsa sebelum sempat ditahan warga penduduk.

Iftar Muhibbah eratkan ukhuwah merentas agama
Masjid Abidin menganjurkan program itu bagi memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam merasai pengalaman berbuka puasa bersama rakan Muslim.

Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy
Zelenskyy berada di Jeddah menjelang pertemuan antara pegawai AS dan Ukraine yang bertujuan mencari jalan menamatkan perang Rusia-Ukraine.

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.

Pembaharuan perlu dilakukan, tapi bukan dengan cara keluarkan orang Melayu dari bandar – Tun M
Dr Mahathirmenyuarakan kerisauan mengenai nasib bangsa Melayu yang menetap di kawasan setinggan sekitar ibu negara.

Tun Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia
Dr Mahathir dilaporkan berkata pertemuan beliau dengan Jokowi menyentuh mengenai pembangunan kedua-dua negara.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.