Proses pengundian di daerah Semporna pada pagi ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.
Tumpuan juga terarah kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai dan isteri Toh Puan Siti Rukaiyah Panglima Abdullah yang tiba di SK Pekan Semporna II pada jam 10.40 pagi tadi untuk menunaikan kewajipan mengundi bagi Parlimen P. 189 Semporna dan DUN N. 53 Senallang.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Bubul tepat jam 9.20 pagi dengan ditemani oleh isterinya Datin Seri Suriyani Shuib.
Beliau yang juga calon Parlimen P. 189 Semporna dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 53 Senallang itu mengenakan baju berwarna putih manakala Suriyani berbaju kurung putih sambil membuang undi.
Manakala di lokasi lain, calon BN Parlimen Semporna, Datuk Ramlee Marahaban dan isterinya Datin Sarimah Busuran tiba di SK Bugaya untuk membuang undi dan dua lagi calon BN yang lain, iaitu Datuk Nasir Tun Sakaran (Senallang) membuang undi di SK Pekan Semporna serta Datuk Razak Tun Sakaran pula di SMK Tagasan.
Untuk rekod, di Semporna mempunyai sebanyak 32 pusat mengundi membabitkan seramai hampir 50,000 pengundi.
Ruzaini Zulkepli
Wed May 09 2018
Tun Sakaran dan Toh Puan Siti Rukaiyah mencuri tumpuan ketika membuang undi di SK Pekan II Semporna.
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pembantu rumah curi barang majikan ditahan
Tindakan pembantu rumah warga Indonesia mencuri telefon bimbit dan iPad milik majikannya yang juga juruterbang sebelum melarikan diri, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Agong perkenan isytihar darurat bagi PRK Gerik dan Bugaya - PM
PRK Gerik dan Bugaya ditangguhkan pada tarikh yang akan ditentukan kelak.
Ancaman COVID-19: Darurat di Bugaya, Gerik wajar dibuat - Penganalisis
Kerajaan melakukan keputusan tepat sekiranya melaksanakan darurat di kawasan Bugaya dan Gerik bagi mengelakkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di kawasan itu dalam masa terdekat.
SPR terima notis kekosongan kerusi Gerik dan Bugaya
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan bagi mengisi kerusi tersebut.
Tun Sakaran dan isteri curi tumpuan proses pengundian di Semporna
Proses pengundian di daerah Semporna pada pagi ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.
BN bakal lakukan penstrukturan perkampungan atas air di Semporna
Datuk Ramlee Marahaban menegaskan parti itu mempunyai pelbagai iltizam untuk penduduk yang menetap di perkampungan atas air di daerah tersebut di masa hadapan.
PRU14: Calon bebas Bugaya tarik diri, umum sokong BN
Calon Barisan Nasional, Datuk Razak Tun Sakaran menerima impak positif dalam hari terakhir kempen PRU hari ini.
Pertembungan sepupu satu lawan satu di DUN Senallang, Semporna
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan bertemu sepupunya, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran dalam pertembungan satu lawan satu bagi merebut kerusi DUN Senallang.
Momentum, sokongan padu rakyat bekalan BN Semporna - Ramlee Marahaban
Momentum dan sokongan padu rakyat Semporna akan menjadi bekalan mencukupi untuk Barisan Nasional (BN) bahagian itu berdepan pembangkang terutama Parti Warisan Sabah (Warisan) pada PRU14.
Adakah calon BN Sabah yang akan diketahui pagi ini diingini pengundi?
Selepas beberapa Barisan Nasional (BN) negeri mengumumkan senarai calon-calon bertanding, kini giliran BN Sabah mendedahkan senarai calon yang ditawarkan untuk memastikan membawa kemenangan pada PRU14