Pelaksanaan transformasi Parlimen perlu dimulakan anggota-anggota Parlimen itu sendiri yang seharusnya berbahas mewakili rakyat dan bukannya semata-mata berasaskan parti politik.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata setiap anggota Parlimen perlu berbahas dengan kebenaran dan tidak membawa ideologi politik dalam setiap perbahasan.
"Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat untuk membawakan masalah mereka ke Parlimen untuk diselesaikan namun kekecewaan rakyat pada Parlimen bermula apabila anggota Parlimen berbahas sebagai ahli politik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program bual bicara 'Demokrasi' yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. Dua lagi panel ialah Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi dan Ketua Whip DAP Anthony Loke Siew Fook.
Nasrudin turut bersetuju bahawa perubahan Parlimen perlu bermula dengan anggota dewan dan tahap perbahasan wakil rakyat perlulah lebih berkualiti.
Beliau menjelaskan, ketika ini bahasa yang digunakan oleh anggota Parlimen tidak menunjukkan kualiti sesebuah Parlimen sebaliknya menonjolkan bahasa yang tidak elok sehingga institusi tersebut bertukar menjadi seolah-olah 'pasar'.
"Kekecewaan yang berlaku dalam kalangan ahli Parlimen yang masih baharu ialah apabila didedahkan dengan kalimah-kalimah kesat yang digunakan di Parlimen, tidak ubah seperti berada di pasar," katanya.
Justeru, dalam melaksanakan transformasi Parlimen, seorang anggota Parlimen haruslah mengawal bahasa yang digunakan, mempunyai latar belakang undang-undang dan tidak hanya terikat dengan parti politik bagi memastikan hujah yang diutarakan berkualiti dan diterima dewan, katanya.
Sementara itu, Loke berpendapat transformasi Parlimen perlu dilaksanakan secara beransur-ansur dan tidak drastik bagi membolehkan ia diterima oleh semua pihak.
Januari lepas, Kabinet telah bersetuju dengan tiga daripada empat teras cadangan pindaan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi pelaksanaan transformasi Parlimen.
Teras cadangan yang diterima dalam mesyuarat Kabinet adalah pindaan berkenaan pertanyaan-pertanyaan jawab lisan, mewujudkan Kamar Khas dan mewujudkan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Bagaimanapun, Kabinet membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan teras pindaan keempat iaitu mewujudkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan yang baharu.
Bernama
Wed Mar 30 2016

SHAHRIR: Setiap anggota Parlimen perlu berbahas dengan kebenaran dan tidak membawa ideologi politik dalam setiap perbahasan. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Antara Tun Mahathir dan Azmin, siapa yang berbohong? - Annuar Musa
Kata Annuar, beliau sangat mengenali Tun Mahathir dan berpendapat ada kemungkinan kenyataan perdana menteri itu tidak bersifat literal.

Pembangkang isytihar harta, munasabah - Penganalisis politik
Gesaan kepada pemimpin pembangkang supaya membuat pengisytiharan harta secara terbuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan adalah munasaba

Ahli Parlimen nafi beri wang sogokan untuk tarik balik laporan kes cabul
Ahli Parlimen itu mendakwa beliau sendiri tidak tahu keluarga mangsa telah bertindak menarik balik laporan tersebut.

PKR dakwa mangsa cabul disogok tarik balik aduan
Mohammad Faisol Abd Rahman mendakwa sehingga kini tiada tangkapan atau tindakan dikenakan terhadap bekas menteri itu.

Najib dan anggota Parlimen terima kunjungan peserta program Mantap
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota-anggota Parlimen BN menerima kunjungan peserta Program Internship Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) Ke-5 di Seri Perdana di sini.

Tiada istilah kekebalan pada anggota Parlimen langgar undang-undang - Abu Zahar
Tiada istilah kekebalan jika mana-mana anggota Parlimen mengeluarkan kenyataan berhubung kait isu hasutan semasa berhujah di dalam persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.