KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang melabuhkan tirainya pada Ahad menyaksikan tindakan nekad parti itu yang mencapai pendirian untuk memberikan mandat kepada kepimpinan untuk menentukan jeda waktu bagi menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ia susulan keputusan 'berpatah arang, berkerat rotan' yang dicapai Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, yang diluluskan pada perhimpunan ini.
Parti terbesar orang Melayu yang mempunyai 3.35 juta ahli itu sebelum ini memutuskan bahawa kebersamaannya dengan kerajaan PN adalah sehingga Parlimen dibubarkan.
Tindakan yang disifatkan sesuatu yang agak mengejutkan pada akhir perhimpunan tahunan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam, perkara itu dilihat ramai pihak telah menyemarakkan kembali semangat perwakilan di sebalik isu berkaitan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS, yang turut mendominasi perjalanan perhimpunan kali ini.
Berbeza dengan kehadiran perwakilan yang tidak semeriah perhimpunan pada tahun-tahun sebelum ini, persidangan kali ini memberi isyarat jelas kepada parti dan pihak di luar bahawa UMNO mahu kembali bangkit dan mengemudi negara.
Penganalisis politik Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain menyifatkan tindakan yang diambil bertujuan menekan kerajaan yang ditunjangi Bersatu.
"Perhimpunan kali ini adalah perhimpunan di luar kebiasaan berbanding sebelumnya dan kali ini ia lebih menumpukan soal strategi politik yang perlu diambil UMNO bagi kelangsungannya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungan pada perhimpunan yang diadakan secara hibrid dan diikuti kira-kira 2,600 perwakilan, berkata cadangan itu dibawa beberapa pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang membahaskan usul ucapan dasar presiden.
Nada sama dilagukan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan yang menegaskan sekiranya parti memutuskan untuk keluar daripada PN seperti cadangan Badan Perhubungan UMNO negeri pada Ogos lalu, semua kepimpinan parti haruslah sebulat suara untuk berbuat demikian.
Mengulas lanjut, Mohd Izani, bagaimanapun, percaya bahawa keputusan yang diambil UMNO itu bukanlah bersifat 'noktah', sebaliknya 'koma'.
"Kerjasama dengan Bersatu adalah tidak mustahil akan terjalin kembali selepas pilihan raya terutamanya apabila kedua-dua parti tidak memiliki kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan," katanya.
Sementara itu, penganalisis sosiopolitik dari Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata tindakan berkenaan akan membolehkan UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN) bertanding lebih banyak kerusi pada PRU15.
"Sekiranya UMNO bekerjasama dengan Bersatu, sekurang-kurangnya 50 kerusi Parlimen terpaksa diserahkan kepada parti itu. Ini saya kira menimbulkan kegusaran kepada UMNO," katanya.
Beliau yang mengikuti perjalanan perhimpunan itu berkata walaupun persidangan kali ini dilihat lebih didominasi oleh isu berkaitan Bersatu dan MN, namun masih terdapat isu berkaitan rakyat diketengahkan.
"Saya kira ia dibincangkan agak seimbang namun kerana tumpuan lebih diberikan kepada isu berkaitan Bersatu dan MN, maka ia dilihat seperti tidak membincangkan isu rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 28 2021

Parti terbesar orang Melayu yang mempunyai 3.35 juta ahli itu sebelum ini memutuskan bahawa kebersamaannya dengan kerajaan PN adalah sehingga Parlimen dibubarkan. - Astro AWANI

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.