JOHOR BAHRU: UMNO Johor akan mengadakan konvensyen bagi memastikan isu pembangunan dan kemajuan di Johor dapat dijayakan khususnya perkara melibatkan kedudukan orang Melayu di negeri itu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata konvensyen peringkat negeri itu dijangka diadakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri selesai, sementara tarikh dan lokasi akan diumum Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Abdul Halim Suleiman.
"Konvensyen itu perlu diadakan untuk kita memberi perhatian dan membincangkannya bersama kepimpinan peringkat akar umbi dengan kehadiran wakil-wakil dalam kerajaan supaya tidak ada jurang antara perkara yang perlu dilakukan untuk terus membela kedudukan orang Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor di sini semalam. Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Pendidikan Tinggi percaya bahawa bangsa Melayu di Johor mempunyai pelbagai aspirasi yang boleh diterjemahkan dan UMNO sebagai parti politik, bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat tersebut.
"Sudah tentu UMNO melalui Barisan Nasional yang membentuk kerajaan negeri perlu tahu apa aspirasi itu dan kita perlu menilai sama ada ia dapat diterjemahkan ataupun tidak. Jika kita lakukan, sejauh mana ia mencapai sasaran dan sebagainya.
"Komitmen kita adalah memastikan kita dapat mewakili orang Melayu di Johor khususnya secara berkesan. Satu cara mengukuhkan keberkesanan dan perjuangan kita berada pada landasan betul adalah melalui usaha mengadakan konvensyen," katanya.
Kali terakhir konvensyen itu diadakan pada 5 Okt 2019 yang dirasmikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023

Mohamed Khaled (kanan) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor Bilangan 2/2023 di Bangunan Perhubungan Negeri, Johor Bahru, semalam. --fotoBERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

UMNO Johor adakan Konvensyen Orang Melayu Jun ini
UMNO Johor akan mengadakan Konvensyen Orang Melayu pada Jun ini, dalam usaha mendapatkan pandangan dan hala tuju suara akar umbi kaum Melayu.

UMNO Johor adakan konvensyen selepas PRN bincang isu pembangunan
Konvensyen peringkat negeri itu dijangka diadakan selepas Pilihan Raya Negeri di enam negeri selesai.

PRN: UMNO Johor bantu kempen di Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu
UMNO Johor akan menggerakkan jenteranya ke Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu bagi membantu kempen pilihan raya negeri (PRN) di ketiga-tiga negeri tersebut yang akan berlangsung tidak lama lagi.

PRN: UMNO Johor hantar jentera berpengalaman bantu kempen di Negeri Sembilan
UMNO Johor akan menghantar jentera yang berpengalaman dan komited bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan nanti.

UMNO Johor sokong kepimpinan MB, tubuh sekretariat dengan kerajaan negeri
Barisan kepimpinan UMNO Johor yang baharu hari ini menzahirkan sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.

Pemilihan UMNO: Mohamed Khaled kekal Ketua Bahagian Pasir Gudang
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menang tanpa bertanding dan terus menerajui Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang selepas pencalonan ditutup Ahad.

Penggantungan keahlian tidak jejas perjalanan UMNO Johor - Mohamed Khaled
Penggantungan keahlian beberapa pemimpin UMNO Johor tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran parti itu di negeri berkenaan.

Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.

PAU2022: 'Tiada perbincangan usul dua jawatan tertinggi dipertandingkan' - Nur Jazlan
UMNO Johor tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan berhubung jawatan tertinggi dalam parti wajar dipertandingkan sebagaimana usul dibawa perwakilan negeri ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022.