KUALA LUMPUR: Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disifatkan sebagai petanda parti itu akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.
Bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Adnan Yaakob menggambarkan prestasi parti itu, yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin merudum.
Menerusi video berdurasi 25 saat yang tular sejak semalam, bekas Menteri Besar Pahang itu, atau lebih dikenali sebagai Tok Nan, lantang menyatakan pendapatnya.
"UMNO pun dah nak bungkus dah, bungkus lipat," katanya dalam video tersebut.
Kenyataan itu dibuat selepas Adnan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dipercayai memberikan sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin dilepas dan dibebaskan terhadap empat pertuduhan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Muhammad Jamil mendapati keempat-empat pertuduhan itu adalah kabur dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.
Sementara itu, kenyataan Adnan mendakwa UMNO akan 'bungkus' membuatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tercengang sambil bertanya: "Macam mana jadi begitu?"
Adnan yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Pahang paling lama iaitu selama 19 tahun kemudian menjawab secara ringkas: "Banyak ceritanya..."
Adnan bukan individu pertama yang menyuarakan perkara sedemikian.
Sebelum ini, bekas Pengerusi UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh mahu Presiden UMNO, Ahmad Zahid bertanggungjawab atas kekalahan besar dialami BN dalam PRN di enam negeri pada 12 Ogos lalu.
Menerusi satu hantaran ringkas di laman sosial Facebooknya pada Ahad, Idris turut menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan tertinggi yang disandangnya di dalam parti itu.
Manakala, pada Jun lalu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa UMNO akan 'bungkus' dalam PRN terutamanya selepas beberapa pimpinan parti itu yang dilihat tidak sehaluan dengan Ahmad Zahid, telah dipecat.
Pada PRN 12 Ogos lalu, BN hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi dengan dua kerusi di Selangor, Negeri Sembilan (14), Kelantan (satu); manakala dua di Pulau Pinang.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), UMNO di bawah pimpinan Ahmad Zahid juga kalah teruk apabila hanya menang 26 kerusi Parlimen.
Hasimi Muhamad
Wed Aug 16 2023

Adnan menggambarkan prestasi UMNO, yang kini diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin merudum - Foto/fail

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.