KOTA KINABALU: UMNO masih kekal relevan di Sabah sejak parti itu mula bertapak di negeri di bawah bayu itu 30 tahun lalu.
Penerimaan itu dapat dilihat daripada sudut pandang sebahagian masyarakat di negeri itu yang menilai cara pembelaan kepada masyarakat yang menunjangi perjuangan parti itu, kata penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah UMS, Prof Madya Mohd Azri Ibrahim.
UMNO Sabah yang menjejak usia ke-30 tahun pada 21 Februari ini (esok) masih ampuh dan telah teruji pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 lalu.
"Kehadiran UMNO di Sabah sehingga ke hari ini saya lihat masih relevan dan akan kekal relevan kerana saya melihat kepada tuntutan pembelaan masayarakat masih lagi menjadi tunjang perjuangan UMNO itu sendiri.
"Dalam konteks dinamik politik kian mencabar tetapi kerelevenannya di Sabah ini masih lagi terbukti dan dapat dilihat pada PRN Ke-16. Kita lihat upaya UMNO bersama Gabungan Rakyat Sabah berjaya membentuk kerajaan dan mengambil pentadbiran daripada Warisan Plus," kata beliau ketika ditemui di sini pada Sabtu.
Tambah Mohd Azri, keampuhan pertubuhan itu masih memerlukan sokongan daripada parti gabungan dan masih belum boleh berdiri sendiri biarpun memiliki majoriti bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam GRS.
"Berdasarkan prestasi PRN Ke-16, kita lihat UMNO memiliki kerusi yang besar berbanding parti gabungan lain dan dalam erti kata survival, saya percaya masyarakat dan penyokong ataupun penduduk Sabah ingin melihat UMNO menjadi satu parti yang lebih berjaya.
"Tetapi dalam realiti hari ini, jika UMNO berdiri sendiri cabaran sangat besar dan persaingan sangat besar daripada parti tempatan dan gabungan. Jadi lebih baik jika wujud kerjasama politik bagi mengelak persaingan antara komponen berkenaan kerusi.
"UMNO harus bersatu dengan parti-parti lain untuk menjayakan agenda pembangunan, hak Pribumi dan masyarakat Sabah keseluruhannya," katanya.
Bagaimanapun, Mohd Azri berkata, terdapat kemungkinan persaingan antara parti gabungan GRS berlaku pada masa akan datang susulan tuntutan akar umbi.
Bagi mengelak perkara itu berlaku gabungan tersebut, katanya, perlu duduk semeja sekali lagi bagi perbincangan yang lebih mendalam berkenaan perkongsian kuasa.
Jelasnya, perlu ada integriti politik bagi mengelakkan perpecahan.
"Kemungkinan itu wujud, persaingan dalam GRS sendiri tetapi seperti saya maklumkan tadi seharusnya persaiangan dalam satu komponen gabungan kerajaan itu harus dielakkan tetapi realiti politik berbeza, apabila berlaku proses PRU (pilihan raya umum), proses bubar dewan atau Parlimen, di situ akan wujud suasana permintaan, desakan, ugutan terhadap kerusi-kerusi yang dipertandingkan.
"Pada pengamatan saya kemungkinan itu ada, sudah pasti saya harap GRS harus duduk bersama bagi memastikan kemungkinan itu tidak wujud," jelasnya lagi.
Selain itu, kata Mohd Azri, perlu ada penerapan politik nilai dalam UMNO yang harus diamalkan di mana-mana peringkat politik dan memberi penekanan kepada agenda kebajikan rakyat menjelang PRU-15 kelak.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Feb 20 2021
![UMNO Sabah masih relevan, kekuatan bersama gabungan UMNO Sabah masih relevan, kekuatan bersama gabungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/41581077431_pas.jpg)
UMNO masih kekal relevan di Sabah sejak parti itu mula bertapak di negeri di bawah bayu itu 30 tahun lalu.
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726124215_BungMoktar.jpg)
PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
![PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723618270_TBAsyrafWajdi.jpg)
PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.
![Tidak wujud perpecahan dalam UMNO Sabah - Ahmad Zahid Tidak wujud perpecahan dalam UMNO Sabah - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719057887_TBZahidHamidi.jpg)
Tidak wujud perpecahan dalam UMNO Sabah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan dakwaan kononnya wujud perpecahan dalam parti itu di Sabah terutama dalam kalangan pemimpinnya.
![UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710647876_TBBungMoktar.jpg)
UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar
UMNO Sabah mengakui tidak akan memperoleh kemenangan secara mutlak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang untuk membentuk kerajaan negeri.
![UMNO Sabah konsisten berkhidmat untuk rakyat - Bung Moktar UMNO Sabah konsisten berkhidmat untuk rakyat - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709997290_BungMoktar.jpg)
UMNO Sabah konsisten berkhidmat untuk rakyat - Bung Moktar
UMNO Sabah akan konsisten dengan slogannya iaitu 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat di negeri itu.
![Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683803151_TBBungMoktar.jpg)
Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar
UMNO Sabah akan perkukuhkan parti di semua peringkat terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang.
![PRN 6 Negeri: UMNO Sabah bantu kempen di Selangor PRN 6 Negeri: UMNO Sabah bantu kempen di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688937320_BungMoktarRadin.jpg)
PRN 6 Negeri: UMNO Sabah bantu kempen di Selangor
Sebagaimana yang diamanahkan oleh UMNO Pusat, tumpuan jentera UMNO Sabah adalah bagi membantu kempen di Selangor, kata Bung Moktar.
![Generasi muda UMNO perlu sesuaikan diri dengan perubahan semasa - Bung Moktar Generasi muda UMNO perlu sesuaikan diri dengan perubahan semasa - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660998793_TBBungMoktar.jpg)
Generasi muda UMNO perlu sesuaikan diri dengan perubahan semasa - Bung Moktar
Ahli UMNO khususnya generasi muda perlu menghayati sejarah perjuangan parti itu seterusnya menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi membolehkan UMNO kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat.
!['Ahli UMNO jangan jadi gunting dalam lipatan' 'Ahli UMNO jangan jadi gunting dalam lipatan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683428271_BungMoktar.jpg)
'Ahli UMNO jangan jadi gunting dalam lipatan'
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan demikian akan membunuh perjuangan parti di negeri itu.
![Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681182942_BungMoktar.jpg)
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.