UMNO Bahagian Sungai Petani bergolak apabila Naib Ketua UMNO Bahagian serta ketua tiga sayap - Wanita, Pemuda dan Puteri - masing-masing melepaskan jawatan dimenangi menerusi pemilihan bagi penggal 2018-2021, yang berlangsung semalam, berkuat kuasa serta merta.
Pengumuman itu dibuat Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Muhamad Effendi Mashum pada satu sidang media tergempar yang diadakan di sebuah hotel di sini, petang Ahad.
Muhamad Effendi berkata keputusan itu dibuat sebulat suara setelah perbincangan dilakukan antara semua yang terlibat, namun kesemuanya akan terus setia serta mahu memperjuangkan UMNO sebagai anggota biasa.
"Keputusan ini dibuat atas alasan ketidakwajaran kepimpinan bahagian yang baharu diberi mandat... ia dibuat secara ikhlas, telus dan teliti tanpa dipengaruhi atau desakan mana-mana pihak.
"Berdasarkan keputusan diperoleh, selepas perbincangan serius dan penilaian terbaik dilakukan, saya selaku Naib Ketua UMNO Bahagian bersama-sama Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri serta anggota jawatankuasa melepaskan jawatan disandang serta merta," katanya.
Beliau berkata peletakan jawatan secara rasmi akan dibuat dalam masa terdekat dan dua pertiga daripada anggota jawatankuasa sayap, mengambil langkah melepaskan jawatan yang disandang, menjadikan jumlah anggota yang melepaskan jawatan melebihi 40 orang.
Barisan kepimpinan yang turut melepaskan jawatan ialah Ketua Wanita, Wan Mohalina Wan Mohamad; Ketua Pemuda, Mohd Rahmat Darus dan Ketua Puteri, Mashitoh Mohamad Yusoff.
Pemilihan UMNO Bahagian Sungai Petani berlangsung semalam menyaksikan Datuk Shahanim Mohamad Yusoff, yang juga kakak kepada Mashitoh, dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani selepas mengalahkan penyandang, Datuk Abd Rahim Saad, manakala jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian dimenangi Mohd Rodhi Rejab.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 01 2018

Muhamad Effendi berkata keputusan dibuat sebulat suara setelah perbincangan dilakukan antara semua yang terlibat, namun mereka akan terus setia serta mahu memperjuangkan UMNO sebagai anggota biasa. - Facebook muhamadeffendi.mashum

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar
Anwar menyeru semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.

Polis siasat kes ADUN dituduh cabul ahli parti
Suspek juga mengingatkan pengadu supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu.

UMNO enggan sertai PN tidak jejas status quo kerajaan - Penganalisis
Ia tidak harus menimbulkan kekecohan kerana UMNO sememangnya tidak pernah menyertai PN sejak penubuhan kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Muktamad! Keahlian Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga lain terhenti serta merta - MPT
Perkara itu selaras dengan peruntukan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu, dan tafsiran MPT berhubung terhentinya keahlian mereka adalah muktamad.

Henti telagah, jangan takut hilang kuasa - PM
Tegasnya yang juga merupakan Pengerusi PH, kekuatan kerajaan di bawah PH bergantung kepada perpaduan dan keutuhan ahlinya.

Terserah ahli terima atau tidak - Ahmad Zahid
Menurutnya, keputusan yang dibuat untuk kembali daripada bercuti merupakan keputusan peribadi memandangkan pertuduhan mahkamah yang dikenakan ke atasnya bersifat peribadi.

Bersatu utama anggota yang berkualiti - Rais Yatim
Keanggotaan berkualiti merujuk kepada anggota yang kenal dengan perlembagaan, budaya berparti dan kepentingan parti.

Saya tak setuju desakan supaya Azmin letak jawatan - Anwar
Beliau juga menegaskan tidak sependapat dengan setiausaha politiknya itu berkenaan isu video lucah yang mengandungi aksi seks luar tabii, didakwa membabitkan Mohamed Azmin.

Zahid wajar terus berehat demi untuk pulihkan UMNO - Penganalisis
Pada pendapatnya, jika Ahmad Zahid terus bercuti, atau meninggalkan parti, ia merupakan satu keputusan yang tepat untuk memulihkan UMNO bagi berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tun Mahathir beri isyarat jelas tolak budaya UMNO dalam Bersatu
Katanya, walaupun berlapang dada dengan kemasukan mereka, Pengerusi Bersatu itu dilihat turut mengambil kira pengorbanan anggota parti sedia ada.