KUALA NERANG: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan parti itu tidak menerima sebarang maklumat berhubung penubuhan sebuah gabungan baharu iaitu Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan yang diketuai Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.
Menurutnya, gabungan yang ditubuhkan dalam usaha menewaskan Pas di negeri Kelantan itu adalah tindakan bersendirian veteran UMNO itu dan tidak mewakili pendirian parti.
Sehubungan itu, Mahdzir berkata, parti seharusnya mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ku Li sekiranya apa yang dilakukannya salah dari segi Perlembagaan dan pendirian UMNO.
"Kita tidak mendapat maklumat daripada parti, Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh mungkin bertindak seorang.. sebab kita daripada parti tidak tahu apa yang Tengku Razaleigh buat (sekarang ini).
"Kita baca dalam media apa yang dibuat (menubuhkan gabungan baharu bersama Amanah Kelantan)… (tetapi) saya tidak fikir ia menjejaskan apa-apa sebab saya pun tidak tahu apa yang dia buat.
"(Namun) saya kira kita (pucuk pimpinan) kena ambil tanggungjawab dan kalau benar apa yang dilakukan itu salah dari segi parti dan parti kena tengok (tindakan) yang patut (diambil terhadapnya)," jelas Mahdzir.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengedarkan bubur lambuk sumbangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Masjid Tengku Sharafuddin Badlishah di sini, pada Jumaat.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed mengesahkan, gabungan baharu diberi nama Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan dan dikepalai oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ditubuhkan dengan hasrat menumbangkan Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Beliau turut mendedahkan, gabungan rentas parti itu akan mengadakan program pertamanya pada 7 Mei ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, UMNO tidak ada kena mengena dengan gerakan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh.
Beliau juga menegaskan, tindakan Tengku Razaleigh itu adalah atas kapasiti peribadi dan sebarang keputusan membabitkan kerjasama antara UMNO dan parti lain hanya boleh diputuskan di peringkat parti.
Abd Hadi Che Awang
Fri Apr 29 2022

Mahdzir Khalid (kiri) mengesahkan UMNO tidak menerima sebarang maklumat berhubung penubuhan sebuah gabungan baharu iaitu Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li. - Gambar fail

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.