UMNO Semporna yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahan kesemua kerusi di Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) biarpun dijangka berdepan saingan daripada bekas pemimpin parti yang berpaling tadah.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata perkara itu berdasarkan keyakinan penduduk yang melihat usaha tulus ditunjukkan kerajaan negeri dan pusat dalam memberi keselesaan hidup kepada masyarakat daerah tersebut.
"Sambutan masyarakat terhadap UMNO, Alhamdulillah dan mereka jelas menerima kerajaan sedia ada.
"Kerajaan BN adalah antara kerajaan terbaik di dunia dan menyediakan pelbagai program bantuan yang mencakupi semua peringkat lapisan masyarakat termasuk program warga emas, orang kelainan upaya, bantuan pendidikan serta elaun nelayan," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.
Nasir berkata penduduk sedar bahawa janji BN membantu rakyat telah terbukti lebih 60 tahun kerajaan sedia ada memerintah jika dibandingkan janji pembangkang yang omong kosong.
"Apabila UMNO bertapak di Sabah, parti ini sedaya upaya membawa kemajuan kepada setiap daerah dan tiket pembangkang kuat hanya pada cerita yang diuar-uarkan mereka sendiri," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata meskipun UMNO kini sudah pulih seperti sedia kala, setiap anggota perlu berpegang kepada prinsip meletakkan keutamaan parti melebihi kepentingan diri sendiri serta terus bersatu memperkemaskan jentera.
"Ikhlas dan bersatu adalah senjata ampuh melawan pihak pembangkang. Kalau dulu lawan kita muka baharu muncul atau parti yang kita tahu kekuatannya bagaimana, tetapi kali ini lawan kita adalah bekas orang dalam kita," katanya.
Sementara itu, Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang mahu 32 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Semporna bersedia berhadapan PRU14 dan mengemas kini data pengundi.
Selain itu, beliau turut mengingatkan semua anggota menolak segala propaganda serta dakyah negatif yang boleh melemahkan UMNO Semporna.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2018
![UMNO yakin BN mampu pertahan semua kerusi di Parlimen Semporna UMNO yakin BN mampu pertahan semua kerusi di Parlimen Semporna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/71490374580_NasirTunSakaran.jpg)
NASIR: Apabila UMNO bertapak di Sabah, parti ini sedaya upaya membawa kemajuan kepada setiap daerah dan tiket pembangkang kuat hanya pada cerita yang diuar-uarkan mereka sendiri. -Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal ‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722069475_TBAkmalSalleh.jpg)
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
![BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733568710_ArthurJosephKurup.jpg)
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
![BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729408883_AhmadZahidHamidi.jpg)
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
![PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724491767_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
![[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli [TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723894059_TBAWIE.jpg)
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
![BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
![BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716798756_Zahidhamidi.jpg)
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
![Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour'' Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700277127_RajaMohamed.jpg)
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
![PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686444661_Takiyuddin.jpg)
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
![Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694521774_MatSabu.jpg)
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.