KUALA LUMPUR: Blok pembangkang berpendirian bahawa undi percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dikemukakan di Dewan Rakyat selepas Yang Dipertuan Agong memperkenankan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerana itu pembangkang memilih untuk tidak terlibat dalam pengundian, dan membiarkan ia diluluskan dengan undian suara.
Jelas Ahli Parlimen Kota Bharu itu lagi, ia juga menunjukkan bahawa tiada angka jelas berapa ramai Ahli Parlimen yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.
"Apa yang dibincangkan oleh pihak kami adalah berkisar tentang tujuan kenapa ia dibawa. Pada pandangan kami secara umumnya sepatutnya tidak perlu dibawa kerana yang Yang Dipertuan Agong telah pun melantik Perdana Menteri di bawah Perkara 43(2) di dalam Perlembagaan, mengikut budi bicara Yang Dipertuan Agong.
"Perdana Menteri selepas dilantik beliau telah membentuk kerajaan dan apa yang perlu dibawa usul percaya Perdana Menteri, melainkan hasrat Perdana Menteri untuk membuktikan berapa sokongan terhadap beliau (sama ada) majoriti mudah, dua pertiga atau sebagainya.
"Ini yang berlaku hari ini, sokongan terhadap Perdana Menteri daripada 222 Ahli Parlimen, ia tidak diketahui, itu sahaja... tidak diketahui berapa orang yang menyokong," katanya dalam sidang media di Parlimen, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata pembangkang juga mempersoalkan perjanjian persefahaman (MoU) Kerajaan Perpaduan baru-baru ini yang didakwa bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.
"Yang ada di dalam MoU ini, mana-mana Ahli Parlimen atau parti-parti yang menandatangani MoU ini kalau tidak mengundi atau menyokong Perdana Menteri dianggap terlucut jawatannya. Ada ke tidak dalam 49A? Itu yang tanya kepada Datuk Seri Azalina Othman, dan tidak dijawab.
"Jawapannya tidak ada. Maknanya, apa yang dibuat ini bercanggah dengan Perlembagaan. Mengundi dengan memaksa adalah satu percanggahan dengan undang-undang dan perjanjian ini terbatal," katanya.
Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan adalah pindaan baharu kepada Perlembagaan Persekutuan yang digubal untuk menghalang Ahli Parlimen daripada bertukar parti. Ia tidak menghalang seseorang Ahli Parlimen daripada mengundi bertentangan dengan arahan partinya sendiri.
Hasimi Muhamad
Mon Dec 19 2022

Takiyuddin berkata pembangkang memilih untuk tidak terlibat dalam pengundian, dan membiarkan ia diluluskan dengan undian suara. - Foto/Astro AWANI/Shahir Omar

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Undi percaya: Berapa ramai yang sokong PM Anwar tidak diketahui - Takiyuddin
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerana itu pembangkang memilih untuk tidak terlibat dalam pengundian, dan membiarkan ia diluluskan dengan undian suara.