KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini kerana banyak perkara perlu diteliti bagi memastikan pelaksanaannya kelak berjalan lancar termasuk isu daftar pemilih.
"Apabila perlembagaan dipinda pada 2019, jangka masa untuk pelaksanaan di bawah pindaan ini ialah sehingga 2023. Kalau kita lihat jarak masa yang diletakkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semua proses pelaksanaan ini akan siap pada September 2022 dan sistem berkenaan akan berjalan lancar.
"...banyak perkara perlu dibuat contohnya daftar pemilih harus dibersihkan daripada senarai pengundi yang telah meninggal dunia, sakit, gila ataupun masuk penjara. Begitu juga mereka yang umur lebih 90 tahun yang kita ketahui melebihi jumlah 7,000 orang yang belum lagi dibersihkan daripada rekod daftar pengundi.
"Jadi itulah, makanya jangka masa (pelaksanaan Undi 18) itu bukan menjangkakan sistem ini boleh dilaksanakan dalam masa terdekat selepas perlembagaan dipinda," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Wan Junaidi menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang ingin tahu alasan kerajaan perlu menunggu keputusan mahkamah sebelum meneruskan pelaksanaan Undi 18 sedangkan perkara itu merupakan satu pindaan perlembagaan yang telah disepakati rentas parti pada era pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Selain itu, beliau berkata pandemik COVID-19 yang melanda negara turut mengekang pihak kerajaan dan SPR untuk mengambil tindakan secara terperinci bagi melaksanakan pindaan perlembagaan itu.
Menjawab soalan asal Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) mengenai langkah yang diambil SPR untuk memastikan pengundi 18 tahun akan keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang, Wan Junaidi berkata SPR melalui Akademi Pilihan Raya (APR) telah melaksanakan Program Pendidikan Pengundi bagi mendekati warganegara khususnya belia yang masih diteruskan sehingga kini.
Beliau berkata sehingga 30 Sept lepas, APR melaksanakan Program Pendidikan Pengundi bersama-sama beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) secara bersemuka dengan mematuhi ketetapan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan penyertaan 2,740 pelajar manakala Program Pendidikan Pengundi Secara Maya adalah sebanyak 152 program dengan 50,858 jumlah tontonan.
"Program ini bertujuan memberi kefahaman terhadap proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia di samping menjawab isu-isu yang sering dibangkitkan semasa pillihan raya.
"Dengan kesedaran dan kefahaman tentang proses demokrasi dan pilihan raya, maka diharapkan mereka akan menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi semasa pilihan raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021

Wan Junaidi berkata banyak perkara perlu diteliti bagi memastikan pelaksanaannya kelak berjalan lancar termasuk isu daftar pemilih. - Gambar fail

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Pemikiran dan idealisme anak muda perlu diberi perhatian - PM Ismail Sabri
Pemikiran dan idea golongan muda di negara ini perlu diberikan ruang dalam proses libat urus dalam membangunkan negara.

PRU15: Tidak semua undi Undi 18 ada hak yang sama - Penganalisis
Penganalisis James Chai berkata, pengundi muda mempunyai kuasa undi yang berbeza, bergantung kepada kawasan geografi, atau tempat tinggal mereka.

Jumlah pengundi di Sarawak kini melebihi 1.9 juta
Sarawak melaporkan pertambahan 675,077 jumlah pengundi baharu yang layak mengundi menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,927,750 pada suku keempat 2021.

PRN Johor: Pertama kali mengundi, satu 'milestone' untuk kehidupan - Engku Puteri Arwyn Mysara
Bagi Engku Puteri Arwyn Mysara, 19, pertama kali mengundi merupakan satu 'milestone'dalam hidupnya

Undi18: PBB susun strategi dekati pengundi muda sebagai persiapan hadapi PRU15
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu akan menyusun strategi dan bekerja keras dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk mendekati para pengundi berusia 18 tahun sebagai persiapan menghadapi PRU15.

Pahang lulus pindaan had umur ADUN kepada 18 tahun
DUN Pahang meluluskan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur warganegara yang layak menjadi ADUN.

DUN Selangor lulus turun had umur ADUN kepada 18 tahun
DUN Selangor luluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur seseorang warganegara layak menjadi ADUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Pelaksanaan Undi18, pendaftaran automatik akan pengaruhi tindakan ahli politik - Nabil Halimi
Penilaian kritikal anak muda akan membuatkan parti politik lebih cermat dalam memilih dan meletakkan calon mereka.

Penamatan darurat di Sarawak petanda PRN semakin hampir - Jeniri
Penamatan Proklamasi Darurat di Sarawak memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bakal diadakan dalam masa terdekat.

Undi18 tidak dilaksanakan segera berikutan banyak perkara perlu diselesaikan, COVID-19
Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019.