Setelah enam tahun mengadakan tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), untungkah PAS untuk terus menjalin hubungan kerjasama politik dengan sekutunya?
Apakah laba kerjasama politik yang diperoleh PAS untuk memperkukuhkan parti dan terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam?
Persoalan berkenaan menarik perhatian umum khususnya penyokong parti yang kian resah ekoran pergeseran kuat yang melanda antara ketiga-tiga parti mutakhir ini, yang memperlihatkan seolah-olah PAS semakin 'lemas' dihimpit DAP dan PKR.
Banyak pihak melihat kerjasama politik yang dimulakan sejak 2008 itu mungkin hampir ke penghujungnya setelah umum disajikan episod demi episod percakaran dan ketidaksefahaman antara ketiga-tiga parti.
DI MANA TITIK KEBERSAMAAN TAHALUF SIYASI?
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti ke-60 di Johor bulan lepas dilapor berkata bahawa tahaluf siyasi yang dilaksanakan parti itu adalah kerjasama mencari titik kebersamaan dengan PKR dan DAP.
Persoalannya, setelah enam tahun mengadakan tahaluf siyasi, di manakah titik persamaan PAS, PKR dan DAP?
Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata ketiga-tiga parti itu jelas tidak mempunyai kebersamaan dalam pelbagai aspek termasuk ideologi, dasar dan keputusan.
"Kebersamaan itu hanya dapat dilihat menjelang pilihan raya iaitu untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Yang lain saya tidak nampak," katanya kepada Bernama di sini.
Jika benar PAS, DAP dan PKR mencapai kesepaduan, tidak mungkin dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor, ketiga-tiga parti itu mempunyai nada berbeza dalam menentukan calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 juga tidak mungkin mereka bertembung sesama sendiri di beberapa kawasan, jika saling memahami.
Ahmad Atory menempelak bahawa ucapan pemimpin parti pakatan kononnya mereka mempunyai kesefahaman yang baik dalam pelbagai perkara kerana ia hanyalah retorik politik yang bertujuan meraih kepercayaan pengundi mereka.
Mengambil contoh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, Kelantan, beliau berkata sokongan jentera PKR dan DAP tidak kelihatan sepanjang kempen berlangsung dan ia didorong oleh sentimen PAS yang tidak menyokong keputusan PKR dan DAP mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.
"Ini tidak menunjukkan kebersamaan mereka," kata pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).
TAHALUF SIYASI DIKAJI SEMULA
Permintaan untuk mengkaji semula tahaluf siyasi PAS bersama PKR dan DAP bukanlah isu baharu kerana ia telah lama disuarakan bukan sahaja akar umbi, malah oleh pemimpin parti itu sendiri.
Dalam muktamar tahun lepas, Ketua Dewan Ulama PAS Allahyarham Datuk Harun Taib menegaskan bahawa konsep tahaluf siyasi antara PAS, DAP dan PKR akan disemak dari semasa ke semasa.
Tahun ini, isyarat serupa dinyatakan Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din yang menggesa Dewan Ulama mengkaji semula tahaluf siyasi dengan parti pakatan terutama dalam menghadapi situasi politik masa kini.
Pada 20 Sept lepas, Abdul Hadi sendiri dilapor membidas rakan tahaluf siyasi PAS, yang disifatkannya sebagai tidak beretika kerana 'mencuri' dua wakil rakyat parti berkenaan untuk menyokong tindakan mereka untuk mendesak Abdul Khalid meletak jawatan dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor.
"Walaupun kita bertahaluf siyasi dengan rakan-rakan kita (PKR dan DAP) tetapi mereka bersikap tidak beretika kerana mencuri dua wakil rakyat kita. Adakah itu etika tahaluf siyasi?," Abdul Hadi dipetik sebagai berkata.
Ahmad Atory berpendapat bahawa Anggota Parlimen Marang itu tahu mengenai keretakan yang berlaku di dalam partinya ekoran tahaluf siyasi, namun bertindak mendiamkan diri.
"Sebagai seorang panglima perang, sudah tentu dia (Abdul Hadi) akan bercakap bahawa beliau ada tentera yang kuat dan mahukan kemenangan, meskipun di belakangnya ramai askar telah gugur.
"Saya nampak PAS sahaja yang benar-benar mengikuti dan berpegang kepada prinsip tahaluf siyasi manakala dua lagi parti tidak," katanya.
TIDAK KELUAR PAKATAN
Meskipun berasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku, PAS masih akur dan tidak mampu berbuat apa-apa untuk keluar daripada pakatan politik yang longgar itu, bagi bersendirian dan mengekalkan asas perjuangannya.
Ini menjadikan parti itu menjadi mangsa buli PKR dan DAP, seperti yang diakui Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada 29 Sept.
Biarpun PAS menegaskan akan kekal bersama Pakatan Rakyat, namun parti itu tetap dibuli oleh rakan-rakan dalam gabungan, kata Nik Abduh.
Bagaimanapun, Ahmad Atory percaya bahawa kenyataan yang mengguris rasa ini tidak akan menyebabkan PAS merajuk dan keluar daripada parti pakatan.
"Contohnya penggurangan kerusi Exco (dalam kerajaan negeri Selangor) kepada PAS daripada empat kepada tiga, darjah kemarahan PAS itu tetap ada tetapi ia tidak menyebabkan PAS keluar daripada pakatan," katanya.
Beliau berkata PAS memerlukan PKR dan DAP bagi meningkatkan sokongan rakyat kepada parti itu khususnya di kalangan kaum Cina dan India.
"PAS hanya boleh mendominasi sokongan orang Melayu sahaja sebelum ini dan kini parti itu berusaha mendapat sokongan daripada kaum Cina dan India serta meluaskan lagi jajahan mereka.
"PAS sedar bahawa mengharapkan sokongan orang Melayu sahaja tidak membolehkan parti itu menang di negeri lain kecuali Kelantan di mana di negeri itu, tanpa PKR dan DAP pun, PAS masih boleh menang," katanya.
Bernama
Tue Oct 07 2014

Untungkah PAS dalam tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP? - Gambar fail

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf
Polis menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih.

Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.

Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat
Ini adalah kali kedua dia datang ke Tanah Suci di mana sebelum ini dia dan suami menunaikan umrah.

Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.

Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Menurut Pakar Feng Shui, Kenny Hoo, tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.

Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.

Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.

Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy
Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.

Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan
Berawal dengan perkenalan pertama pada tahun 2003, Chong Li Yen tidak pernah terfikir bertemu akan jodoh dengan seorang lelaki beragama Islam.