KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) tidak boleh semata-mata bergantung kepada kelemahan pesaing politik gabungan itu, sebaliknya membina kekuatan sendiri jika mahu mengekalkan mandat pentadbiran dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, ia bergantung kepada jangka masa dan sejauh mana masa yang ada itu digunakan untuk menggelakkan pergeseran ataupun ketidaksefahaman di dalam gabungan itu.
"Tempoh tersebut perlu digunakan untuk memperkuatkan lagi gabungan besar tanpa menjejaskan reputasi dan kredibiliti masing-masing.
"Itu penting kerana kita sedar pada masa yang sama pesaing politik juga akan melakukan perubahan dari segi usaha sama kerjasama," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Sivamurugan memberitahu, PRU-15 pastinya akan memberi satu petunjuk kepada sejauh mana penjajaran politik yang dilakukan PN diterima menerusi sokongan undian ataupun mungkin akan ada penjajaran baharu berdasarkan kepada pentafsiran ke atas kedudukan politik semasa.
"Kesemua ini bergantung kepada gaya dan bentuk kepimpinan yang mampu ditunjukkan oleh semua pemimpin di dalam PN, dan bukan bergantung kepada tunjang yang menerajuinya iaitu Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).
"Sebaliknya pemimpin-pemimpin lain juga harus boleh memastikan wujudnya kesepaduan sesama mereka sekiranya mahu terus mengekalkan mandat dalam PRU nanti," tambahnya.
Beliau memberitahu, dalam proses pembinaan PN, untuk memantapkan gabungan itu, parti-parti lain dibawa masuk untuk melebar serta mengukuhkannya agar beberapa pemimpin turut menyertai dan membolehkan angka PN itu membesar.
"Namun demikian ketika PRU-15, sudah pasti yang mahu dilihat adalah sejauh mana ia mampu untuk melakukan pengukuhan berterusan dalam PN," ujarnya.
Justeru, beliau berpendapat, kerjasama perlu dihebatkan dengan kelompok yang ada di Sabah dan Sarawak kerana itu juga boleh memutuskan keputusan PRU-15 kelak.
Pada masa yang sama, kata beliau, PN juga harus memperluaskan kerjasama dengan rakan strategi mereka seperti pertubuhan masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti lain bagi memastikan proses pengukuhan gabungan itu mencapai pelbagai kumpulan sasar untuk mendapat sokongan.
Umavathi Ramayah
Mon Mar 15 2021

Dr Sivamurugan berkata PRU-15 pastinya akan memberi satu petunjuk sejauh mana penjajaran politik yang dilakukan PN diterima menerusi sokongan undian atau sebaliknya. -Gambar fail

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion
"Danantara akan menjadi pemangkin kemajuan, menghubungkan pelaburan dengan projek utama, mempercepatkan pembangunan ekonomi."

Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
![[KOLUMNIS] Keikhlasan DAP terserlah melalui PRK DUN Mahkota [KOLUMNIS] Keikhlasan DAP terserlah melalui PRK DUN Mahkota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727596849_TBPRKMahkota.jpg)
[KOLUMNIS] Keikhlasan DAP terserlah melalui PRK DUN Mahkota
Maka, hari ini saya terpanggil untuk mengulas akan perihal ini memandangkan seolah-olah berlakunya situasi 'Rumah Siap, Pahat Berbunyi'.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.

PRK Sungai Bakap: Siapa calon boleh menang, disenangi dan berpengetahuan?
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin dan calon PN, Abidin Ismail.

"Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah" - Mujahid
Ia sekali gus, ujarnya membolehkan Amanah akhirnya diperakui sebagai parti yang dihormati dan disegani oleh kawan serta pihak lawan.

Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran
BN dan UMNO masih belum terlambat jika mahu 'kembali' menjadi pembangkang bersama PN berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Jeli pula nyatakan sokongan kepada kepimpinan PM Anwar
Seorang lagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PRK Jepak: Kemenangan GPS bukti rakyat Sarawak yakini kepimpinan Abang Johari
Jumlah majoriti sebanyak 8,784 undi yang diperoleh Iskandar pada PRK itu adalah lebih dua kali ganda berbanding majoriti 4,243 undi yang diraih dalam PRN lepas.

Usah jadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik - Agong
Semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Majoriti responden belum puas hati cara kerajaan tangani inflasi, kos sara hidup - Kajian
Hanya 27 peratus responden Melayu dan 32 peratus responden semua kaum berpuas hati dengan pentadbiran Anwar dalam menangani kedua-dua isu berkenaan.