KOTA KINABALU: Ketua Armada Bersatu Negeri Sabah, Fairuz Renddan berharap pihak-pihak yang ingin mempersoalkan keikhlasan dan kejujuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah untuk berhenti daripada membuat tohmahan yang tidak berasas.
Ia terutamanya berkaitan pelantikan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas yang menentang calon-calon UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) September lalu untuk memegang jawatan penting dan strategik dalam negeri.
"Mengapa sekarang ditimbulkan isu sebegini? Keikhlasan dan kejujuran Bersatu terhadap UMNO di Sabah, dan mengapa dia (Ir Abdul Aziz Julkarnain) seakan-akan gemar menjadi pihak yang mencurahkan minyak kepada api?
"Dari sudut mana pula beliau mahu katakan yang Bersatu di Sabah mengkhianati UMNO, sehinggakan mereka terpaksa berlapang dada kerana mahu memperbaiki kerosakan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu.
"Di sinilah gambaran mengapa dulu saya pernah menegur beliau untuk siasat sebelum bercakap, berfikir sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan, bukannya emosi membuta-tuli," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Jelas Fairuz, kenyataan yang diluahkan Abdul Aziz dalam statusnya di Facebook itu adalah bersifat 'lancang' dan 'busuk'.
"Dia mengimbau kembali tentang pendirian kerjasama UMNO dengan Bersatu sebelum sebarang rundingan agihan kerusi diteruskan pada PRU-15 kelak, tetapi dia sendiri sebenarnya bercakap tanpa berfikir dua kali.
"Calon UMNO dalam PRN Sabah yang lepas, kalah, pun juga dilantik menjadi Adun dilantik, maka dimana timbulnya isu bahawa Bersatu tidak jujur, tidak ikhlas dan kononnya UMNO terpaksa berlapang dada dengan pengkhianatan Bersatu, semata-mata demi menyelamatkan Sabah," katanya lagi.
Tambah Fairuz, jika pihak tertinggi dalam UMNO telah memutuskan untuk tidak bekerjasama lagi dengan Bersatu dan rakan-rakan lain dalam Perikatan Nasional pada masa akan datang, ia tidak mengapa.
"Tidak mengapa jika begitu sudah diputuskan oleh pimpinan atasan UMNO, namun pada masa kini, di Sabah, selagi kerajaan yang mentadbir adalah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang dibentuk dengan kerjasama yang melibatkan kedua-duanya (Bersatu dan UMNO), maka saya berasakan tidak wajar untuk dia (Abdul Aziz) menjadi duri yang terus menusuk dan merosakkan penyatuan GRS untuk Sabah kerana perjalanan GRS di negeri Sabah, untuk rakyat Sabah, masih panjang," katanya.
Selain itu, beliau turut menasihati dan meminta agar Abdul Aziz berhenti berpolitik dan sama-sama membantu usaha kerajaan GRS membendung pandemik COVID-19 di Sabah.
Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain dalam laman media sosial Facebook beliau telah memuatnaik kenyataan tentang soalan yang beliau terima berkenaan kemanakah hubungan UMNO Sabah dan Bersatu selepas ini.
Dalam status yang ditulis dengan sepuluh perkara dan penjelasan itu, Abdul Aziz juga berkata beliau disoal tentang hala tuju kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) khasnya hubungan UMNO dengan Bersatu selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Pusat bermesyuarat dan memberi maklum balas untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Selain itu, kerjasama UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional juga hanya diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Mar 05 2021

FAIRUZ: "Mengapa dia (Ir Abdul Aziz Julkarnain) seakan-akan gemar menjadi pihak yang mencurahkan minyak kepada api?" - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.

NGO gesa polis siasat kenyataan Hamzah ada fail pemimpin kerajaan.
Laporan dibuat bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Dakwaan 'Muhyiddin ditahan SPRM' tidak benar - Sumber Bersatu
Sebelum ini beberapa portal melaporkan SPRM akan menahan seorang ahli politik kanan dan mengheretnya ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Keluar Bersatu: Muhyiddin kecewa bekas pemimpin Bersatu Sabah tidak setia
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti.

PRU15 : Srikandi mahukan lebih ramai calon wanita
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahukan lebih ramai calon wanita bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Kekal bersama parti: Idealisme, prinsip PPBM adalah jati diri saya - Azmin Ali
Ia susulan khabar angin bahawa Mohamed Azmin akan meninggalkan Bersatu dan mengikuti jejak langkah Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Tindakan Zuraida keluar parti menunjukkan Bersatu semakin lemah - Ahmad Maslan
Keputusan Datuk Zuraidah Kamaruddin menunjukkan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin lemah.

USNO kini parti komponen kepada GRS - Hajiji
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS.

PRN Johor: Rancang strategi ampuh bagi halang kerakusan, tamak kuasa UMNO - Pemimpin Bersatu
UMNO dan BN dilihat semakin rakus, tamak kuasa dan gelojoh ingin mengadakan pilihan raya tanpa mengambil kira kesukaran dialami rakyat yang ketika ini masih berhadapan ancaman COVID-19.

PBM perlu buktikan kredibiliti, menangi hati rakyat - Penganalisis
Parti Bangsa Malaysia (PBM) perlu membuktikan kredibiliti mereka sebagai parti baharu yang memperjuangkan konsep berbilang bangsa.