UMNO Bahagian Masjid Tanah pada Ahad sebulat suara meluluskan usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang, kata Ketuanya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau yang juga Setiausaha Kerja UMNO berkata bahagian tersebut turut meluluskan usul menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ab Rauf berkata semua 64 cawangan dalam bahagian itu sebulat suara menyokong usul tersebut.
"Kita juga meminta agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak bertolak ansur dengan syarat kelulusan Bahasa Malaysia dalam mengisi jawatan dalam kerajaan kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian dan penutup Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah.
Majlis yang dirasmikan oleh Najib itu juga dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron serta kira-kira 5,000 perwakilan UMNO.
Sementara itu, Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil di Ayer Keroh dekat sini turut meluluskan usul menyatakan sokongan terhadap dua pemimpin utama parti itu.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Katil, Datuk Saat Abu berkata, usul lain yang turut diluluskan ialah mempertahankan ketuanan Melayu dan sekaligus menolak parti pembangkang termasuk DAP.
Katanya, usul lain mendesak agensi pinjaman di bawah pentadbiran kerajaan meluluskan pinjaman berskala kecil kepada peniaga bumiputera tanpa sebarang kerenah birokrasi.
Persidangan itu juga dirasmikan Najib turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam; Idris serta kira-kira 20,000 perwakilan serta orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2017

Bahagian tersebut turut meluluskan usul menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) yang juga Perdana Menteri. - Gambar fail

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Melaka peruntukan RM300,000 untuk 30 IPIS berdaftar penuh
Sumbangan tahunan RM10,000 kepada setiap IPIS bertujuan membantu meringankan beban kewangan institusi berkenaan khususnya aspek pengoperasian.

Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.

Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf membabitkan kos RM18.45 juta siap sepenuhnya.

Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.

Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan
Kejayaan mencapai sasaran dalam mengurangkan jumlah hutang dan peningkatan kutipan hasil negeri menjadi bukti kepada gerak kerja proaktif dan sistematik diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beca Melaka jalani transformasi digital
Menerusi inisiatif itu, setiap beca yang berlesen akan diberi nombor dan kod QR bagi menjamin keselamatan penumpang dan pengayuh beca.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup
Pengurusan sistem pengangkutan awam akan diambil alih oleh Handal Indah Sdn Bhd, dan 59 kakitangan PMSB akan diserap ke anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa
Ab Rauf menggesa jabatan dan agensi berkaitan kenderaan berat dapat memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pemandu bagi mengelakkan tragedi.