MELAKA:Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghormati sebarang keputusan dibuat UMNO termasuk penolakan kerjasama dengan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Naib Presidennya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, tiada sebab untuk beliau atau mana-mana pihak menidakkan hak parti yang berbeza fahaman, khasnya dalam menentukan hala tuju masing-masing.
"Kita menghormati hak masing-masing... hak parti untuk tentukan hala tuju parti masing-masing. Dalam masa sama, PN (Perikatan Nasional) Melaka sudah mula memperkukuhkan hubungan antara Bersatu dan Pas.
"Kita telah merencana pelbagai program membantu rakyat... Ada rencana-rencana yang telah kita susun untuk terus bantu rakyat... Turun ke bawah kita fokus bantuan ringankan beban rakyat dalam hadapi COVID-19," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyampaian bantuan persekolahan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput di Taman Krubung Jaya, pada Sabtu.
Mengulas lanjut mengenai ketidakstabilan hubungan antara Bersatu dan UMNO, beliau berkata pemimpin semua parti di Semenanjung perlu mencontohi langkah perpaduan yang ditonjolkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Jelasnya, meskipun angin politik di Semenanjung ketika ini sedang hangat dengan isu pergeseran pendapat beberapa parti, namun GRS telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara semua komponen parti kerajaan untuk terus mempertahankan mandat rakyat negeri itu selepas pilihan raya lalu.
Ujarnya, beliau yakin PN dan Barisan Nasional (BN) boleh menang besar pada PRU15 menentang Pakatan Harapan (PH) sekiranya aturan agihan kerusi dibuat dengan baik tanpa pertindihan.
Ditanya soal pendirian hampir kesemua UMNO bahagian di Melaka yang menolak kerjasama dengan Bersatu, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan negeri PN Melaka, menegaskan gabungan PN di negeri itu masih kukuh.
Ujarnya, kemelut politik yang berlaku ketika ini tidak menjejaskan perpaduan PN mahupun hubungan antara Exco di bawah kerajaan negeri.
Astro Awani
Sat Jan 09 2021

Mohd Rafiq berkata, tiada sebab untuk beliau atau mana-mana pihak menidakkan hak parti yang berbeza fahaman, khasnya dalam menentukan hala tuju masing-masing.
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 pembantu perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.

Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.