KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan memanggil ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung usul tambahan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 dan cara usul itu dibawa.
Ahli UMNO Kuala Nerus, Aizat Fikri Nasir Fikri memaklumkan, beliau telah dipanggil pihak RoS untuk memberi keterangan lanjut berkenaan laporannya terhadap pelanggaran perlembagaan parti semasa PAU2022.
“Pihak RoS telah meminta saya menjelaskan secara terperinci berkenaan laporan tempoh hari.
"Pihak RoS mengambil maklum dan sedang mengkaji Fasal 8.1 Perlembagaan UMNO: Perhimpunan Agung adalah kuasa tertinggi parti dan perjalanan parti adalah berasaskan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk kepada perlembagaan dan juga peraturan UMNO.
“Perlembagaan juga di bawah Fasal 9.3 telah menyatakan: Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 25 orang Ahli MKT hendaklah dipilih dalam mesyuarat perwakilan bahagian tiap-tiap tiga tahun sekali,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, walaupun PAU mempunyai kuasa tertinggi, namun ia tidak boleh meluluskan sesuatu yang bercanggah atau tiada dalam Perlembagaan.
“Sebagai contoh, jika ada usul dibawa dalam PAU untuk UMNO mewujudkan dua jawatan Presiden, ia tidak boleh diambil kira kerana Perlembagaan UMNO menyatakan hanya satu jawatan Presiden.
"Bahkan dalam urusan kerajaan, Dewan Rakyat juga tidak boleh membuat ketetapan yang bercanggah dengan perlembagaan negara (ultra vires), jika ia berlaku ketetapan itu terbatal secara automatik.
“Ketetapan ini juga tidak dibuat mengikut peraturan persidangan perhimpunan agung apabila gagal memberi notis selama 14 atau 7 hari seperti yang dinyatakan dalam peraturan 10.1 pemberitahuan usul,” jelas beliau.
Beliau juga telah menjelaskan kepada RoS bahawa usul ucapan dasar Presiden dan usul tambahan itu adalah dua perkara berbeza dan tidak berkaitan.
“Pihak RoS juga menjelaskan kepada saya, tempoh masa 60 hari yang diberikan kepada UMNO itu bukanlah tempoh siasatan ini tetapi ia bagi UMNO menghantar laporan penuh persidangan baru-baru ini.
"Siasatan bagi laporan ini akan tetap diteruskan sekali gus menafikan kenyataan Setiausaha Agung UMNO bahawa isu ini selesai.
“Saya juga dimaklumkan ada Ahli-Ahli MKT yang akan dipanggil bagi mendapatkan pandangan mereka tentang usul tersebut dan cara usul itu dibawa,” kata Aizat Fikri lagi.
Dalam pada itu, kata beliau, pihak RoS berpuas hati dan memberi jaminan akan menjalankan siasatan dengan adil dan secepat mungkin menyedari UMNO kini dalam tempoh persidangan, selain mengambil maklum sebarang keputusan daripada RoS boleh memberi kesan terhadap pemilihan kali ini.
“Saya harap Presiden dan timbalan Presiden dapat bersabar dan tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Biarlah RoS menjalankan siasatan dengan adil dan bebas.
“Terima kasih kepada RoS kerana bersikap tegas. Rakyat di luar bijak menilai, biarlah masa yang menentukan segalanya,” katanya.
Astro Awani
Thu Feb 16 2023

RoS akan memanggil Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung usul tambahan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 dan cara usul itu dibawa. -Gambar fail
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.