Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menepis isu dimainkan BN sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, kononnya kerajaan Pakatan Harapan gagal melaksana manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas dan mempertahankan hak orang Melayu serta Islam.
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri secara sinis bertanyakan semula kepada BN tempoh Pakatan Harapan menjadi kerajaan Persekutuan berbanding BN yang sebelum ini menerajui pentadbiran kerajaan.
"Berapa hari kita (Pakatan Harapan) dalam kerajaan? Berapa lama BN dalam kerajaan? Itu saya tanya baliklah," katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa menghadiri program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama Biro Kesihatan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di sini pada Ahad.
Turut hadir, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan calon PKR untuk PRK Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos ini, bakal menyaksikan Mohd Zawawi ditentang calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas K. Murthy. PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.
Sepanjang tempoh berkempen, BN mengambil kesempatan memainkan isu kononnya kerajaan Pakatan Harapan gagal melaksana manifesto PRU14 selain 'memomokkan' pengundi dengan kegagalan kerajaan mempertahankan hak orang Melayu dan Islam.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, dilaporkan berkata kerajaan memerlukan masa lebih 100 hari untuk menunaikan janji-janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.
Beberapa janji Pakatan Harapan yang sudah dilaksanakan adalah seperti mengeluarkan nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada senarai hitam serta memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Ketika diminta mengulas mengenai keputusan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti bulan depan, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR, ringkas menjawab: "Kita ada hak demokrasi."
Beliau dalam pada itu turut berkongsi keadaan kesihatan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas baru-baru ini.
"Saya baru balik dari Singapura menziarahi Tan Sri Muhyiddin dan Alhamdulillah, saya nampak beliau semakin kuat selepas pembedahan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan agar beliau cepat pulih," katanya.
Dr Mahathir kini menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri sementara ketiadaan Muhyiddin. -- Bernama
Bernama
Sun Jul 29 2018
Dr Wan Azizah berucap pada Program Berselawat dan Cukur Jambul Bersama Wanita Sungai Kandis di Masjid An-Naim, Jalan Kebun pada Ahad. - BERNAMA
Gabungan Peguam Negara saman Trump beku pembiayaan persekutuan
Tuntutan berkenaan adalah bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan serta-merta penguatkuasaan dasar OMB.
Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah
Khairul Fahmi turut beranggapan, Ong Kim Swee umpama seorang 'bapa' ketika di luar padang.
AWANI Pagi: OP Selamat 23: Tahun Baharu Cina 2025
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri membincangkan mengenai segalanya tentang trafik, Op Selamat dan usaha pihak polis menjaga keselamatan khususnya semasa musim perayaan.
E-Commerce: Tackling Malaysia’s logistics divide
CEO of Ninja Van Malaysia, Lin Zheng shares insights on tackling logistical bottlenecks, especially between Peninsular and East Malaysia, while driving innovation to transform the nation’s e-commerce landscape.
Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.
AWANI Ringkas: Selamat Tahun Baharu Cina
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.
#AWANIRingkas 29 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Januari 2025
1️⃣ Selamat Tahun Baharu Cina
2️⃣ Kepentingan kerjasama IPT dan industri
3️⃣ Tanah runtuh di Sarawak
#awaniringkas
1️⃣ Selamat Tahun Baharu Cina
2️⃣ Kepentingan kerjasama IPT dan industri
3️⃣ Tanah runtuh di Sarawak
#awaniringkas
JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025
JPJ Terengganu mengeluarkan 1,968 saman dalam tempoh lapan hari pelaksanaan Op Khas TBC 2025 yang bermula pada 20 Jan lepas.
Bomba Lahad Datu selamatkan mangsa terperangkap banjir
Hujan beterusan sejak pagi semalam juga menyebabkan beberapa kawasan di timur Sabah dinaiki air termasuk di kawasan perkampungan.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.