KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berpegang teguh dengan agenda reformasinya dan tidak boleh digugat oleh tekanan daripada sesiapa pun atas kepentingan politik.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan khuatir Anwar akan didesak golongan tertentu dalam kerajaannya hingga akhirnya terpaksa menggadaikan perjuangan yang dijulangnya selama ini.
Oleh hal demikian, tegas beliau, Anwar perlu memegang erat katanya tidak berkompromi dalam soal integriti dan tetap membawa pelaku korupsi untuk diadili mengikut lunas undang-undang negara ini.
“Saya sebenarnya agak kesian dengan Perdana Menteri kita kerana sekian lama bercakap mengenai reformasi, hari ini beliau akan berhadapan dengan satu kelompok yang boleh mengugutnya dan pernah ada rekod menjatuhkan kerajaan sendiri.
“Tan Sri Muhyiddin Yassin dijatuhkan oleh 15 orang UMNO-Barisan Nasional (BN) yang kini berada dalam kerajaan sekarang dan kedudukan Anwar amat bergantung kepada kewujudan mereka dalam blok kerajaan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Sekiranya kesungguhan Anwar untuk melakukan reformasi institusi yang selalu beliau laungkan itu diganggu-gugat, maka Wan Saiful bimbang kerajaan yang baharu ini juga akan berdepan ketidakstabilan.
Dalam hal itu, Wan Saiful melihat kes-kes mahkamah yang dihadapi individu-individu dalam blok kerajaan akan terus menjadi perhatian bukan sahaja negara ini berhubung sejauh mana Anwar dapat mengotakan segala janjinya setelah berjaya menjadi Perdana Menteri.
Israr Khalid
Wed Nov 30 2022

Wan Saiful berharap Anwar dapat berpegang teguh kepada agenda reformasinya untuk tidak berkompromi dalam isu rasuah dan integriti. -Gambar fail/Bernama

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Dasar Wanita Negara 2025-2030 perkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita
Dasar Wanita Negara 2025-2030 dilancarkan secara rasmi pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita di Malaysia.

Orang ramai dijemput hadir berbuka puasa bersama PM di Putrajaya pada 10 Mac
Majlis anjuran JAKIM bersama 13 agensi Hal Ehwal Agama Islam itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Petros telah kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas - TPM Fadillah
Petros telah mengemukakan surat cadangan kepada Petronas mengenai potensi kerjasama yang boleh diterokai membabitkan kedua-dua syarikat itu.

“Ibu dan isteri, dua wanita terpenting dalam hidup saya" - Anwar
Ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan dua wanita yang penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis siasat video bekas Ahli Parlimen didakwa fitnah Anwar, Saifuddin Nasution
Polis sedang menyiasat kemunculan sebuah video dimuat naik oleh seorang bekas Ahli Parlimen, yang dipercayai memfitnah Anwar dan Saifuddin.

PM Anwar hulur sumbangan kepada keluarga Allahyarham Abu Hanifah
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada waris keluarga Allahyarham Abu Hanifah Yusof yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi di sektor swasta terlalu kecil - PM
Sektor swasta dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan digesa menilai penglibatan pekerja wanita di peringkat pengurusan tertinggi.

Program pemerkasaan wanita masih boleh dibaiki - PM
Perdana Menteri berkata berkata dasar pemerkasaan wanita dalam tempoh dua tahun pentadbiran Kerajaan Madani masih boleh diperbaiki.

TVET: Jangan tersekat dengan kelayakan akademik, majikan mahu pekerja mahir – Belia
Masyarakat tidak wajar menyempitkan ruang pendidikan dan perancangan masa depan berasaskan kepada kelayakan akademik semata-mata, sebaliknya meneroka bidang TVET.

Tindakan tegas tanpa kompromi terhadap penghasut kaum dan agama - PM
Anwar Ibrahim mengarahkan agensi keselamatan dan penguat kuasa untuk bertindak pantas dan berkesan tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut dengan menggunakan isu perkauman