Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melihat tidak ada masalah untuk kaum hawa memimpin sebuah negeri sekiranya dilantik menjadi Menteri Besar.
Khairy menjelaskan secara peribadinya beliau melihat ramai tokoh wanita layak dilantik sebagai Menteri Besar berbanding lelaki.
“Bagi saya tiada salahnya untuk seorang wanita untuk menjadi Menteri Besar mahu pun Perdana Menteri. Alasan yang diberikan yang dia tidak boleh mengiringi Sultan untuk majlis keagamaan, walaupun ia bukanlah satu-satunya tugas Menteri Besar. Tanggungjawab Menteri Besar ialah untuk mengemudi negeri. Saya rasa tugas itu hanya sebahagian kecil sahaja. Secara peribadi ada wanita yang lebih layak untuk menjadi Menteri Besar atau pun Perdana Menteri.”
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun berhubung kelayakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
Hafarizam antara lain dipetik sebagai berkata Wan Azizah tidak layak menjadi Menteri Besar kerana sebagai wanita, jika berada di dalam keadaan uzur, beliau tidak boleh mengiringi Sultan dalam majlis keagamaan.
Khairy menyifatkan kenyataan Hafarizam itu sebagai kenyataan peribadi dan tidak menggambarkan pendapat UMNO.
Katanya isu siapa yang paling layak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor patut diselesaikan oleh PKR dan bukannya UMNO.
Harris Hardy Hakim
Tue Jul 15 2014

Wanita layak dilantik menjadi Menteri Besar sama seperti lelaki - Khairy
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Najib bantah Richard Malanjum, tiga hakim dengar kes
Mohd Hafarizam Harun berkata, keempat-empat hakim berkenaan dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Mahathir, selaku pemohon dalam kes tersebut.

Tiada peruntukan khusus dalam Perlembagaan UMNO untuk isytihar harta
Tiada peruntukan khusus dalam Perlembagaan UMNO yang mewajibkan mana-mana ahli mengisytiharkan harta bagi melayakkan diri untuk bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan parti.

Najib dan dua pihak lain berjaya batalkan saman GANT1
Panel tiga anggota hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan itu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan tahun ini.

Isu 1MDB: Pua hanya bergantung kepada bukti dengar cakap - Peguam Najib
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berhujah bahawa bukti itu terkandung dalam dua perenggan afidavit sokongan Pua membabitkan hasil carian SSM dan artikel berkaitan isu 1MDB.

Saman Anina terhadap Najib, mahkamah putuskan esok untuk tangguh prosiding
Mahkamah Tinggi menetapkan esok sama ada membenarkan ataupun sebaliknya permohonan Perdana Menteri untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan bekas anggota UMNO Anina Saadudin.

Najib akan fail pembelaan saman oleh PKR 1 Oktober - Peguam
Saman difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Wanita layak dilantik menjadi Menteri Besar sama seperti lelaki - Khairy
Khairy Jamaluddin melihat tidak ada masalah untuk kaum hawa memimpin sebuah negeri sekiranya dilantik menjadi Menteri Besar.