TASEK GELUGOR: Pergerakan Wanita UMNO Pulau Pinang telah mengenal pasti calon-calon wanita yang dicadangkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti di negeri itu, termasuk dari parti komponen dan juga 'Friends of Barisan Nasional' untuk dipersembahkan kepada pucuk pimpinan parti.
Ketuanya Datuk Norliza Abdul Rahim berkata beliau juga berharap lebih ramai kaum wanita dicalonkan untuk bertanding pada PRU15 nanti, mungkin lebih daripada 30 peratus sebagaimana sebelum ini.
"Masa PRN (Pilihan Raya Negeri) di Johor dan Melaka, calon-calon wanita menang, dan kejayaan ini mungkin sebab rakyat yakin dengan wanita, lagipun jentera wanita yang turun ke bawah mendekati akar umbi jadi rakyat lebih kenali calon wanita dengan lebih rapat.
"Dapat atau tidak (diletakkan sebagai calon), itu soal kedua, yang penting ialah kita berhasrat untuk ketengahkan calon-calon wanita yang lebih holistik merangkumi calon-calon lain daripada parti komponen BN. Jadi semestinya ia tidak terhad kepada Wanita UMNO sahaja," katanya.
Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO dan pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penganjuran Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022
Datuk Norliza Abdul Rahim berkata beliau juga berharap lebih ramai kaum wanita dicalonkan untuk bertanding pada PRU15 nanti, mungkin lebih daripada 30 peratus sebagaimana sebelum ini. - Gambar fail/Wanita UMNO
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Wanita UMNO P.Pinang kenal pasti calon untuk PRU15
Pergerakan Wanita UMNO Pulau Pinang telah mengenal pasti calon-calon wanita yang dicadangkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti di negeri itu.