Kepimpinan tertinggi UMNO di semua peringkat termasuk akar umbi diminta berwaspada dengan segelintir anggota parti yang diumpamakan 'kudis' kerana mereka boleh merosakkan seluruh jentera UMNO sekiranya tidak dirawat dengan baik.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata anggota parti, yang dilihat mempunyai niat negatif terhadap UMNO, perlu disisihkan segera agar tidak memberi kesan pada pergerakan jentera parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Ada individu di dalam UMNO yang di hadapan kita mengaku bersama perjuangan parti tetapi di belakang kita, mereka tidak bersama dan inilah sebenarnya cabaran yang perlu kita hadapi.
"Saya telah mengesan beberapa individu yang merupakan penyokong parti pembangkang tetapi di hadapan kita, berlakon seolah-olah mereka tetap bersama kita (UMNO). Orang ini nanti, apabila kita berhadapan dengan pilihan raya umum, akan menyusahkan kita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran negeri Melaka sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-78 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di sini, hari ini.
Idris diminta mengulas tindakan lebih 30 pemimpin akar umbi UMNO termasuk bekas Exco Pemuda Mohd Rafiq Naizamohideen semalam yang mengumumkan keluar daripada UMNO kerana hilang keyakinan terhadap Presiden parti Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata tindakan Mohd Rafiq merupakan kelegaan buat parti kerana tidak perlu lagi risau tentang individu yang tidak setia dan mempunyai perancangan tidak baik terhadap parti berkenaan.
"Saya pada mulanya tidak mengambil berat tentang pengumumannya keluar parti tetapi sikapnya yang memburukkan kepimpinan UMNO itu adalah fitnah," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2016

IDRIS: Saya mengesan beberapa individu yang merupakan penyokong pembangkang tetapi di hadapan kita, berlakon seolah-olah mereka tetap bersama kita. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Hari pengundian pada hari bekerja perkara biasa - Idris Haron
Penetapan tarikh hari pengundian pada hari bekerja merupakan satu proses biasa di mana-mana negara di seluruh dunia.

Kertas soalan UPKK hilang, tindakan tegas akan diambil - Idris
Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kehilangan kertas soalan bagi tiga subjek Ujian Penilaian Kelas KAFA berikutan kejadian pecah masuk di JAIM, semalam.

Melaka henti pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga
Ia adalah bagi melakukan kajian dan semakan terhadap lesen sedia ada, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Tanah adat Melaka meningkat 28 peratus sejak 2006 - Idris
Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron menafikan Tanah Adat Melaka (MCL) semakin berkurangan, malah menegaskan telah mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus sejak 2006.

Rundingan tukar empat kerusi Gerakan - MCA selesai satu hingga dua bulan lagi
Perbincangan mengenai cadangan pertukaran empat kerusi antara Gerakan dan MCA dijangka selesai dalam satu hingga dua bulan lagi, kata Naib Presiden Gerakan A. Kohilan Pillay.

Pelancongan Melaka tidak terjejas dengan penutupan Tourism Malaysia - Idris Haron
Penutupan pejabat Tourism Malaysia di Melaka tidak akan memberi kesan besar kepada usaha kerajaan negeri mempromosi dan menarik kehadiran pelancong, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Siasatan SPRM tiada kaitan dengan dirinya, kata Idris Haron
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menafikan kononnya disiasat SPRM apabila beliau diambil keterangan oleh beberapa pegawai agensi berkenaan.

Waspada dengan 'kudis' dalam UMNO - Idris Haron
Anggota parti yang dilihat mempunyai niat negatif terhadap UMNO, perlu disisihkan segera agar tidak memberi kesan pada pergerakan jentera parti dalam persediaan menghadapi PRU.

Tolak provokasi dan fitnah terhadap PM - Idris Haron
Datuk Seri Idris Haron berkata Barisan Nasional perlu menolak segala provokasi dan fitnah yang dilempar segelintir pihak tidak bertanggungjawab demi menyokong Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.