PENJELASAN TENTANG FUNGSI DAN PERANAN YAYASAN
WILAYAH PERSEKUTUAN
Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah ditubuhkan pada 9 April 1986 di bawah Akta
Syarikat 1957 sebagai sebuah syarikat berhad dengan jaminan.
YWP memulakan operasi pada tahun 1996 dan seperti mana klausa yang terkandung di dalam Memorandum and Articles of Association (M&A) YWP, mana-mana ahli-ahli Dewan Rakyat yang dilantik
sebagai Menteri Wilayah Persekutuan atau memegang mana-mana portfolio yang
bertanggungjawab dalam hal ehwal kemajuan dan pembangunan Wilayah Persekutuan
secara dasarnya akan dilantik menjadi Pengerusi YWP.
Oleh yang demikian, Pengerusi YWP memiliki sepenuhnya kuasa untuk menama dan
melantik Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) di dalam YWP.
Selain bertanggungjawab memandu dasar dan hala tuju YWP, ALPA juga bertanggungjawab
menjana sumber kewangan berterusan dan memastikan semua pendapatan atau harta YWP
haruslah dimanfaatkan ke arah mencapai objektif penubuhannya.
Antara pemimpin yang pernah menjadi Pengerusi YWP ialah, Tan Sri Shahrir Abdul
Samad, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datuk Seri Dr.
Suleiman Mohamed, Tan Sri Isa Samad, Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique, Datuk Seri Raja
Nong Chik Raja Zainal Abidin dan yang terakhir adalah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor. Manakala YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed juga pernah menjadi Penasihat
Utama YWP Lembaga Pemegang Amanah YWP, pada tahun 1997.
Tidak seperti Yayasan-yayasan negeri lain yang memperolehi geran dan suntikan dana
daripada pihak kerajaan, syarikat tanpa pemilikan modal seperti YWP bergerak di atas daya
usaha dan inisiatif sendiri melalui penglibatan di dalam sektor pelaburan, perniagaan dan
hartanah.
Manfaat dan hasil daripada sektor-sektor terbabitlah membolehkan YWP melaksanakan pelbagai program pembangunan Pendidikan, Kebajikan, Sosial dan kesejahteraan Komuniti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Antara program-program yang berimpak tinggi dilaksana dan memberi kesan kepada rakyat
ialah program Skim Prihatin, Biasiswa dan Pinjaman Khas Pendidikan, bantuan One-Off
Pendidikan, program bantuan rakyat di musim perayaan, program Terminal Sejahtera,
program Ceria Ke Sekolah, bantuan kebajikan warga emas dan OKU, bantuan
pembangunan komuniti dan pelbagai jenis bantuan untuk warga Wilayah Persekutuan.
Sejak ditubuhkan YWP telah menerima pelbagai pengiktirafan daripada pelbagai syarikat di
atas usaha dan komitmen YWP terutamanya di bidang pendidikan dan kebajikan komuniti.
Sebagai sebuah syarikat yang mendukung konsep demokrasi, berkerajaan dan “Government
of the Day”, YWP bukanlah syarikat bersifat politik, tidak terikat kepada mana-mana parti
politik mahupun pengaruh mana-mana individu.
Sebaliknya YWP berperanan sebagai syarikat yang mendukung visi dan misi kerajaan semasa dan telus di dalam memberikan perkhidmatan kepada semua warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira bangsa dan agama.
YWP
21 Mei 2018
*Kenyataan media ini disediakan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan bertarikh 21 Mei 2018
Astro Awani
Thu May 24 2018
![Yayasan Wilayah Persekutuan bukan bersifat politik, tidak terikat mana-mana parti politik Yayasan Wilayah Persekutuan bukan bersifat politik, tidak terikat mana-mana parti politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41527149484_YayasanWilayah.jpg)
Kenyataan media oleh Yayasan Wilayah Persekutuan
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![Radzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71667026470_TBRADZIJIDIN.jpg)
Radzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya
Datuk Mohd Radzi Md Jidin kekal sebagai Ahli Parlimen Putrajaya selepas Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal untuk membatalkan petisyen yang difailkan.
![PRU15: Ku Nan nafi janji RM300 untuk pengundi luar PRU15: Ku Nan nafi janji RM300 untuk pengundi luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665725251_TBTENGKUADNANCOUR.jpg)
PRU15: Ku Nan nafi janji RM300 untuk pengundi luar
Calon BN di Putrajaya itu sifatkan mesej tersebut suatu tindakan jahat dan fitnah terhadapnya.
![PRU15: Ku Nan tiada masalah pertembungan enam penjuru, mahu bertanding secara sihat PRU15: Ku Nan tiada masalah pertembungan enam penjuru, mahu bertanding secara sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667724811_KUNAN.jpg)
PRU15: Ku Nan tiada masalah pertembungan enam penjuru, mahu bertanding secara sihat
Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan jumlah calon yang ramai.
![Selepas digantung keahlian, Tun Faisal dipecat daripada UMNO? Selepas digantung keahlian, Tun Faisal dipecat daripada UMNO?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650186840_TBF.jpg)
Selepas digantung keahlian, Tun Faisal dipecat daripada UMNO?
Tun Faisal menjelaskan, beliau mengetahui mengenai berita pemecatannya daripada parti melalui rakan-rakan dan sebuah portal berita pada Sabtu.
!['Ku Nan tersilap, tak semestinya Presiden UMNO saja boleh jadi Pengerusi BN' - Saiful Bahar 'Ku Nan tersilap, tak semestinya Presiden UMNO saja boleh jadi Pengerusi BN' - Saiful Bahar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650092919_TBSAIFULBAHAR.jpg)
'Ku Nan tersilap, tak semestinya Presiden UMNO saja boleh jadi Pengerusi BN' - Saiful Bahar
Menurut Saiful Bahar, tidak tertera dalam Perlembagaan BN bahawa Presiden UMNO harus menjadi Pengerusi kepada gabungan parti itu.
![Kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan: PH kecewa dengan keputusan Peguam Negara Kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan: PH kecewa dengan keputusan Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636881115_pakatanharapan.jpg)
Kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan: PH kecewa dengan keputusan Peguam Negara
Majlis Presiden PH akan teliti kemungkinan tindakan tersebut melanggar perjanjian persefahaman antara PH dan kerajaan.
!['Demi Allah, saya tidak akan khianati UMNO' - pengakuan Ku Nan dijanji jawatan TPM 'Demi Allah, saya tidak akan khianati UMNO' - pengakuan Ku Nan dijanji jawatan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626689793_TengkuAdnansaksi.jpg)
'Demi Allah, saya tidak akan khianati UMNO' - pengakuan Ku Nan dijanji jawatan TPM
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengakui pernah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) oleh kerajaan sebelum ini sekiranya bersedia lompat parti dan meninggalkan UMNO.
![Pihak yang tarik sokongan kepada Muhyiddin berkepentingan peribadi - Nazri Pihak yang tarik sokongan kepada Muhyiddin berkepentingan peribadi - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71617184188_TBNazriAziz.jpg)
Pihak yang tarik sokongan kepada Muhyiddin berkepentingan peribadi - Nazri
Pendedahan yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin itu membuktikan keputusan menarik sokongan bukan kerana mahu menjaga kepentingan parti seperti yang didakwa sebelum ini.
![Keputusan rayuan Ku Nan atas sabitan rasuah hari ini Keputusan rayuan Ku Nan atas sabitan rasuah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/61562074059_TengkuAdnansaksi.jpg)
Keputusan rayuan Ku Nan atas sabitan rasuah hari ini
Keputusan itu dijadualkan untuk disebut di mahkamah terbuka pada 9 pagi oleh panel tiga hakim yang bersidang.
![Rasuah RM2 juta: Keputusan rayuan Ku Nan diketahui Jumaat ini Rasuah RM2 juta: Keputusan rayuan Ku Nan diketahui Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600851738_TengkuAdnansaksi.jpg)
Rasuah RM2 juta: Keputusan rayuan Ku Nan diketahui Jumaat ini
Keputusan rayuan Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan akan diketahui Jumaat ini.