HANOI: Atlet terjun kebangsaan, Ooi Tze Liang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas merangkul pingat emas Sukan SEA yang ke-13 peribadinya di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.
Kejayaan dilakar beliau hadir selepas beliau mendominasi saingan final acara 1 meter (m) papan anjal lelaki Sukan SEA ke-31 yang berlangsung hari ini sekali gus membutirkan emas ketiga kontinjen negara pada temasya sukan dwitahunan itu.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sini, Tze Liang berkata dengan kejayaan membawa pulang emas ke-13 itu, beliau telah menyempurnakan misinya di Sukan SEA.
"Saya rasakan misi saya telah tercapai. Saya juga rasa saya penerjun pertama yang dapat semua pingat, daripada acara platform ke papan anjal, papan anjal individu ke seirama.
"Jadi dah boleh kata legenda lah kot," kata Tze Liang sambil tertawa.
BACA: Sukan SEA Hanoi: Tze Liang sumbang emas ketiga buat Malaysia
Pada aksi final hari ini, penerjun berusia 28 tahun itu menampilkan persembahan terpuji dengan mengumpul 377.70 mata dalam keseluruhan enam terjunan untuk menewaskan enam penerjun lain.
Pingat perak acara itu dimenangi atlet Singapura Avvir Tham Pac Lun yang mengutip 286.40 mata sementara seorang lagi wakil negara Betrand Rhodict Anak Lises berjaya membawa pulang pingat sulungnya di pentas Sukan SEA selepas meraih gangsa apabila mengutip 284.90 mata.
Sementara itu, Tze Liang mengakui berpuas hati hati dengan persembahan yang dipamerkan walaupun berdepan cabaran dalam persiapannya ke Hanoi ekoran pandemik COVID-19.
"Kami sudah lama tidak menyertai pertandingan dan ia menjadi antara cabaran terbesar tetapi saya gembira dengan prestasi saya hari ini. Selama saya menyertai Sukan SEA, ini adalah pingat emas 1m pertama saya dan pingat emas ke-13 (keseluruhan)," katanya.
Pingat emas diraih Tze Liang hari ini adalah emas kedua peribadinya selepas turut menjuarai acara 3m papan anjal seirama lelaki bersama gandingan Chew Yi Wei, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022

Atlet terjun negara, Ooi Tze Liang dengan pingat emas yang dimenangi beliau dalam acara 1M papan anjal individu Lelaki sempena Sukan SEA 2021 di Pusat Akuatik My Dinh hari ini. - Foto BERNAMA
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Wujud 'budaya toksik' di bawah Zhuliang, punca kontrak tidak dilanjutkan
Zhuliang membenarkan budaya dan persekitaran itu merebak sehingga mengundang kes rogol, gangguan seksual, keganasan, tindakan memukul, buli dan ugutan kepada atlet