KOTA BHARU: Pembukaan sempadan negara pada 1 April ini, memberi nafas baharu kepada persediaan atlet muay thai kebangsaan yang sedang membuat persiapan menghadapi Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada Mei depan.
Presiden Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) Datuk Muhammad Shahnaz Maula Azmi berkata pihaknya akan menghantar atlet kebangsaan untuk menjalani latihan intensif di Bangkok, Thailand pada 2 April ini.
"Kita dapat lihat prestasi atlet sedikit menurun berbanding sebelum ini. Berikutan pembukaan semula sempadan negara 16 atlet kebangsaan akan dihantar ke Bangkok untuk menjalani latihan di sana.
"Mereka kemudian terus bertolak ke Hanoi dari Bangkok untuk menyertai Sukan SEA," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kejohanan Muaythai Elit Senior dan Junior Kebangsaan 2022 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa di sini, semalam.
Muhammad Shahnaz berkata selain sesi latihan di Bangkok, atlet kebangsaan akan turut menyertai Kejohanan Muaythai Dunia di Abu Dhabi pada 25 April depan, sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA.
"PMM menyasarkan satu pingat emas pada Sukan SEA nanti," katanya.
Mengenai Kejohanan Muaythai Elit Senior dan Junior Kebangsaan 2022 yang disertai 400 atlet, Muhammad Shahnaz melahirkan rasa syukur kerajaan negeri Kelantan mengambil insiatif menganjurkan pertandingan itu.
"Ketiadaan kejohanan memberi kesan dari segi prestasi atlet dan sebagainya, namun dengan bantuan kerajaan Kelantan yang bersetuju menjadi tuan rumah kejohanan itu tahun ini, amat melegakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
Selain sesi latihan di Bangkok, atlet kebangsaan akan turut menyertai Kejohanan Muaythai Dunia di Abu Dhabi pada 25 April depan. - Gambar hiasan/Bernama
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Petinju Thailand betulkan bahu terkehel dalam 10 saat
Petunju Thai tular selepas dia membetulkan bahunya yang terkehel (dislocated) hanya dengan menggunakan tali gelanggang.
Cabar petinju lain dulu, pesan Denis Puric buat Jojo
Puric manyarankan jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo supaya memilih lawan yang lebih sesuai.
One 168: "Syukur Alhamdulillah, Malaysia Boleh!" - Jojo
Lebih bermakna, kejayaan itu juga diraih di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.
Jojo tumbangkan Cruz menerusi 'knockout' di pusingan pertama
Jaguh Muay Thai negara Johan 'Jojo' Ghazali, berjaya menumbangkan Josue Cruz di pusingan pertama pada aksi ONE 168 di Denver, Amerika Syarikat.
One FC 168: Jojo petinju Muay Thai berbakat - Rodtang
Peningkatan bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali dalam ONE Championship telah dicanang sebagai pengganti Rodtang Jitmuangnon.
SUKMA 2024: 33 emas jadi rebutan dalam acara seni mempertahankan diri esok
Sukan mempertahankan diri kembali menjadi tumpuan apabila mempertaruhkan 32 daripada keseluruhan 78 pingat emas yang ditawarkan pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 esok.
Muay Thai: Mohd Rifdean raih kemenangan kedua, tumbangkan Petaek dengan TKO
Atlet Muay Thai negara Mohd Rifdean Masdor meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan lawannya dari Thailand, Petaek Sitbigjasskonrakpathum menerusi Technical Knockout (TKO).
Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak
Jojo ingin mewujudkan arena gelanggang Muay Thai di tempat dia membesar sendiri iaitu di Sarawak.
Sensasi Muay Thai negara 'Jojo' buat kemunculan istimewa di gelanggang AWANI Pagi
Petarung sensasi muda negara dari ONE Championship, Johan 'Jojo' Ghazali bakal membuat penampilan istimewa di AWANI Pagi, Sabtu ini.
'Saya akan bangkit semula' - Jojo
Jaguh Muay Thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo berikrar untuk bangkit semula selepas mengalami kekalahan pertamanya dalam ONE Championship di Bangkok.