Menjelang tahun 2016, Pengarah Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Terry Walsh menjangkakan tahun yang paling sibuk buat pasukan apatah lagi dengan program pembangunan negara yang dijalankan bagi misi melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.
Kegagalan layak ke Sukan Olimpik Rio 2016 ingin segera dilupakan dengan Terry mahu skuad hoki negara beri tumpuan sepenuhnya untuk kelayakan ke Piala Dunia 2018.
Projek 2020 dan program 1MAS antara platform yang digunakan bagi membentuk skuad pasukan hoki Malaysia dalam misi untuk layak ke Olimpik 2020.
Malah, penstrukturan semula barisan kejurulatihan negara juga menjadi faktor penting dalam memastikan program pembangunan yang diatur berjalan lancar.
"2016 kami cuba mengetengahkan program untuk skuad wanita dan serasikan dengan skuad lelaki, kami akan memperkenalkan barisan kejurulatihan baru dalam program ini.
Kami mahu meningkatkan kualiti jurulatih bagi skuad hoki wanita dan lelaki," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Program pembangunan hoki, Tai Beng Hai pula optimis dengan program yang bakal dijalankan itu dapat memberi hasil yang positif buat pasukan.
"Buat masa ini kami dalam proses menubuhkan secara berperingkat skuad kebangsaan.
Contohnya,pasukan B16 B18 bagi mendapatkan pembangunan skuad hoki secara menyeluruh," jelasnya.
Projek 2020 adalah salah satu projek yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi melihat kembali prestasi pemain-pemain di samping program untuk pemain bawah 16 tahun secara berperingkat.
Astro Arena
Sun Dec 27 2015
Kegagalan layak ke Sukan Olimpik Rio 2016 ingin segera dilupakan dengan Terry mahu skuad hoki negara beri tumpuan sepenuhnya untuk kelayakan ke Piala Dunia 2018. - Gambar Astro ARENA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
2016 kritikal buat pembangunan hoki
Menjelang tahun 2016, Pengarah Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Terry Walsh menjangkakan tahun yang paling sibuk buat pasukan apatah lagi dengan program pembangunan negara yang dijalankan bag