KUALA LUMPUR: Seramai 40 pengadil tempatan bersama 14 'replay operator' sedang menjalani latihan fasa kedua Video Bantuan Pengadil (VAR) bermula 26 Ogos hingga 11 Sept ini sebagai langkah persiapan awal pelaksanaan teknologi itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Menurut hantaran Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini, kursus latihan selama 17 hari di Wisma FAM, Kelana Jaya, itu dikendalikan tenaga pengajar VAR Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Tamer Dorry dari Mesir dan dibantu pakar teknologi VAR dari Poland, Sebastian Andrzej Szelag.
Latihan fasa kedua itu meliputi aspek penggunaan simulator VAR dengan menggunakan 150 klip video bagi setiap pengadil.
Proses latihan itu akan memberi penekanan terhadap aspek penggunaan teknologi simulator VAR yang berkonsepkan 'minimum interference, maximum benefits' tanpa merencatkan kelancaran perlawanan.
Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, berkata badan induk itu sentiasa komited terhadap pembangunan serta kebajikan pengadil dan berharap pelaksanaan VAR dapat mengurangkan kesilapan dalam perlawanan.
"Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden FIFA, Gianni Infantino dan Presiden AFC (Konfederasi Bolasepak Asia), Sheikh Salman Ibrahim Al Khalifa atas sokongan serta bantuan teknikal yang telah diberikan sepanjang latihan ini diadakan.
"Terima kasih juga saya ucapkan kepada Tamer (Dorry) dan Sebastian (Andrzej Szelag) kerana sudi hadir mengendalikan kursus ini. Semoga dengan usaha bersama ini, barisan pengadil di Malaysia dapat menjalankan tugas dengan lebih baik pada penghujung latihan ini," katanya.
Latihan VAR fasa ketiga dijangka diadakan pada November dan Disember ini.
Sebelum ini, FAM menjangkakan VAR akan digunakan dalam saingan Liga-M pada final Piala Malaysia, Disember ini.
Teknologi VAR pertama kali digunakan di Malaysia ketika perlawanan akhir Piala AFC 2022 antara Kuala Lumpur City FC dan kelab dari Oman, Al-Seeb, di Stadium Nasional di Bukit Jalil dengan ia dikendalikan sepenuhnya AFC.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023

Latihan fasa kedua itu meliputi aspek penggunaan simulator VAR dengan menggunakan 150 klip video bagi setiap pengadil. - Foto Facebook FAM
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

40 pengadil tempatan jalani latihan fasa kedua VAR
Latihan fasa kedua itu meliputi aspek penggunaan simulator VAR dengan menggunakan 150 klip video bagi setiap pengadil.

Pengadil perlu buat aduan rasmi kepada FAM - Stuart
FAM nasihat mana-mana pengadil tempatan yang masih berdepan masalah tunggakan elaun tugasan Liga Malaysia supaya tampil membuat aduan rasmi kepada badan induk itu.