KUALA LUMPUR: Kemboja mencipta sejarah tersendiri apabila bakal mempertandingkan 40 jenis sukan termasuk seni mempertahankan diri kebangsaan tuan rumah iaitu Kun Bokator pada Sukan SEA ke-32 di Kemboja tahun depan.
Majlis Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan jumlah itu adalah tertinggi disahkan untuk mana-mana negara yang menganjurkan temasya itu buat kali pertama sejak 1977.
Penambahan jenis sukan pada edisi di Kemboja mungkin berlaku sekiranya permintaan pencak silat diterima oleh mesyuarat Majlis SEAGF yang akan diadakan pada Jun depan.
Seperti kebiasaan, dua sukan teras iaitu olahraga dan akuatik mengetuai senarai sukan yang sah dipertandingan pada Sukan SEA Kemboja 2023, manakala polo air kembali dipertandingkan selepas ia digugurkan pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun ini.
Sebanyak 28 jenis sukan di bawah kategori dua, menyaksikan gabungan acara Sukan Olimpik, Asia dan sukan tradisional.
Di bawah kategori tiga menyaksikan sukan popular dan meningkat naik e-sukan, diikuti jetski disenaraikan sama seperti sukan mempertahankan diri, Kun Bokator manakala seni bela diri Korea akan membuat kemunculan pertama di temasya itu.
Beberapa sukan termasuk kriket, ekuestrian, pencak silat dan lari berhalangan tidak disenaraikan dan akan diputuskan pada mesyuarat akan datang.
Untuk rekod, Brunei, Vietnam dan Laos menyenaraikan masing-masing 21, 32 dan 29 sukan sukan pada kali pertama mereka menganjurkan temasya dwitahunan itu.
Berikut senarai 40 sukan yang akan dipertandingkan di Sukan SEA 2023 di Kemboja:
Kategori Satu: Olahraga (trek dan padang, maraton) dan Akuatik (renang, terjun, polo air)
Kategori Dua: Badminton; Bola Keranjang (5x5 dan 3x3); Tinju; Billiard; Berbasikal (Lebuh raya dan MTB); Kanu dan mendayung (termasuk perlumbaan bot tradisional); Catur (Ok Chaktrong, Asean dan Xiangxi); Sukan Tari; Lawan Pedang; Bola Sepak; Golf; Gimnastik (aerobik dan artistik); Hoki (termasuk dalam dewan); Judo; Karate; Muay; Petanque; Perahu Layar; Sepak Takraw (termasuk chinlone); Soft Tennis; Tenis; Ping Pong; Taekwondo; Triatlon (termasuk akuatlon dan duatlon); Bola Tampar; Gusti; Angkat Berat dan Wusyu.
Kategori 3: Arnis; Bina Badan; E-Sukan; Floorball; Jiujitsu; Jetski; Kick Boxing; Kun Bokator; Vovinam; Seni Bela Diri Korea.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022
Kemboja mencipta sejarah tersendiri apabila bakal mempertandingkan 40 jenis sukan termasuk seni mempertahankan diri kebangsaan tuan rumah iaitu Kun Bokator pada Sukan SEA ke-32 di Kemboja tahun depan.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.
PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.