Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Jumaat menolak permohonan 47 warga Rusia yang berdepan isu doping bagi menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, beberapa jam sebelum acara itu bermula.
Mereka yang terdiri daripada 45 atlet dan dua jurulatih itu mengemukakan permohonan untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang tidak menjemput mereka menyertai acara sukan itu.
Setiausaha Agung CAS, Matthieu Reeb berkata, keputusan IOC itu tidak boleh dianggap sebagai satu sekatan tetapi lebih kepada keputusan berdasarkan kelayakan.
BACA : 32 atlet Rusia rayu keputusan gantung penyertaan di Olimpik Musim Sejuk PyeongChang
BACA : 28 atlet Rusia terlibat doping dibenarkan sertai sukan Olimpik - IOC
Atlet paling dikenali dalam kumpulan itu ialah juara enam kali Sukan Olimpik bagi acara luncur laju balapan pendek, Victor Ahn yang dilahirkan di Korea dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014 dalam acara biatlon, Anton Shipulin.
Memandangkan Rusia telah dilarang menyertai Sukan Olimpik PyeongChang, sejumlah 168 atlet Rusia lain yang "bersih" telah dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam temasya sukan itu di bawah bendera neutral sebagai "Atlet Olimpik dari Rusia."
Astro Awani
Fri Feb 09 2018

Sejumlah 168 atlet Rusia yang 'bersih' dibenarkan ambil bahagian dalam temasya di bawah bendera neutral sebagai 'Atlet Olimpik dari Rusia'.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Balai cerap China rakam imej asteroid jatuh ke bumi
Beberapa balai cerap di China merakam imej asteroid yang lalu berhampiran Bumi dan secara rasmi dinamakan sebagai XA1 2024.

PJS tuntut ASTAF kemuka dokumen salah urus tadbir PSM
PJS turut memberikan penjelasan mengenai ura-ura berkenaan penubuhan sebuah entiti baru bagi menggantikan PSM menguruskan hal ehwal sepak takraw negara.

Kes Doping: Onana digantung 12 bulan
Ajax dan Onana akan membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk mencabar hukuman itu.

Manchester City boleh beraksi di Eropah musim depan
CAS batalkan penggantungan Manchester City daripada saingan UEFA.

CAS tolak rayuan Zulfadli dan Chun Seang
BWF mengesahkan rayuan yang dikemukakan oleh pemain berkenaan bagi mencabar keputusan panel tersebut ditolak oleh CAS, sekali gus mengekalkan hukuman yang dikenakan ke atas pemain berkenaan.

Michel Platini dibebaskan
Bekas Presiden UEFA, Michel Platini dibebaskan selepas selesai siasatan berhubung penganugerahan hak penganjuran Piala Dunia dan juga Euro 2016.

Rasuah: Platini ditahan polis Perancis
Akhbar-akhbar di Britain melaporkan Platini, 63 tahun, dibawa ke sebuah balai polis di Paris sebelum dibawa ke pejabat badan anti-rasuah Perancis.

Isu Akhyar: KFA tutup pintu rundingan dengan FAM
KFA sentiasa bersikap profesional dan terbuka sekiranya FAM mahu berbincang mengenai perkara lain termasuk mengenai liga bola sepak.

47 atlet Rusia gagal batal keputusan IOC
Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak permohonan 47 warga Rusia yang berdepan isu doping bagi menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, beberapa jam sebelum acara itu bermula.

32 atlet Rusia rayu keputusan gantung penyertaan di Olimpik Musim Sejuk PyeongChang
Mereka meminta CAS membatalkan keputusan IOC dan membenarkan mereka menyertai sukan itu sebagai Atlet Olimpik dari Rusia.