BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik enggan menoleh ke belakang lagi apabila mahu fokus kepada Sukan Asia Hangzhou 2022 pada September setelah tersingkir dalam saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen pada Ahad.
Mereka mahu melupakan episod duka di Denmark itu dan ingin kekal positif untuk memburu pingat emas pada temasya di China bulan depan.
Aaron-Wooi Yik tumpas kepada gandingan keenam dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 21-23, 13-21 dalam aksi yang berlangsung Royal Arena dan berpuas hati membawa pulang pingat gangsa.
“Saya fikir yang lepas biarlah lepas. Fokus selepas ini buat persiapan untuk Sukan Asia. Itu sasaran utama untuk seterusnya,” kata Aaron.
Aaron juga mengakui Min Hyuk-Seung Jae beraksi lebih baik dan mempamerkan aksi meyakinkan berbanding mereka.
“Pada set pertama, kami mendahului tiga atau empat mata. Namun ketinggalan ketika mengejar mata-mata penting,
“Saya rasa kami perlu belajar untuk tenang dan lebih fokus kerana boleh dilihat yang kami mempunyai peratusan lebih baik untuk menang set pertama tetapi kalah,” ujar Aaron.
Sehubungan itu Aaron dan Wooi Yik memohon maaf kepada peminat negara atas kegagalan mereka mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia tersebut.
“Kami mempunyai keinginan tinggi untuk pergi jauh dalam kejohanan ini, tapi kecewa. Kami inginkan pencapaian terbaik, namun gangsa sudah memadai. Kami memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia,” kata Aaron.
Dalam pertemuan sulung dengan gandingan dari Korea Selatan itu, Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking keempat dunia memulakan perlawanan dengan baik, sehingga mendahului 19-15.
Bagaimanapun Min Hyuk-Seung Jae mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk menafikan kemenangan pasangan negara.
Min Hyuk-Seung Jae mengekalkan momentum positif pada set kedua untuk mengesahkan kemenangan secara straight.
Sebagai rekod, tahun lalu, Aaron-Wooi Yik muncul selaku pemain pertama negara yang meraih gelaran dunia di Tokyo, Jepun selepas menewaskan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 28 2023

Aaron (kiri) dan Wooi Yik terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa setelah tewas kepada pasangan Korea Selatan dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia di Denmark pada Ahad. - Foto Facebook/BAM
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.

Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.

Aaron Chia nafi minta gaji RM2 juta daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia, menafikan dakwaan dia meminta gaji tahunan sejumlah RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia.

Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.

Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Aaron-Wooi Yik terima ganjaran RM125,000 daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerima RM125,000 seorang daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Aaron-Wooi Yik tidak rehat lama lepas menang gangsa Olimpik Paris
Usai kempen Olimpik Paris, beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hanya akan berehat seketika.

Olimpik Paris 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India
Meskipun ketinggalan, namun pasangan negara berjaya bangkit dan menang di set terakhir 21-16, sekali gus mara ke separuh akhir.

Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik
Wooi Yik membuat keputusan untuk terus berada di asrama ABM sehingga berlepas ke Aire Sur La Lys untuk kem latihan 10 hari bermula 10 Julai.

Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy
Aksi kurang tenang diperagakan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara punca mereka terlepas peluang mendakap gelaran pertama Seluruh England.