KUALA LUMPUR: Beregu badminton lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyasarkan untuk meraih kejuaraan pertama di kejohanan antarabangsa pada Terbuka Malaysia 2022 yang akan berlangsung di Axiata Arena di Bukit Jalil dari 28 Jun hingga 3 Julai ini.
Pasangan ranking keenam dunia itu yang menamatkan kemarau 16 tahun Malaysia merangkul pingat emas beregu lelaki pada Sukan SEA 2019 di Filipina, kini rancak mengatur strategi terbaik bagi merealisasikan impian itu di hadapan penyokong sendiri.
"Sebenarnya setiap kejohanan kita rasa ini kalilah (juara) tetapi berkali-kali tak sampai lagi. Kita tetap akan cuba...bukan senang mahu menang tetapi itulah kita kena tempuh secara berperingkat," kata Aaron kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini, semalam.
Beraksi di laman sendiri, pemain berusia 25 tahun itu berkata mereka mengharapkan sokongan daripada peminat badminton tanah air untuk dijadikan motivasi bagi menampilkan persembahan cemerlang di kejohanan tersebut.
Malah, Aaron mengakui teruja untuk membuat penampilan di Terbuka Malaysia selepas dua tahun kejohanan berprestij itu tidak dipertandingkan susulan penularan pandemik COVID-19.
"Saya harap peminat terus menyokong kami dan berharap kita boleh buat yang terbaik di Terbuka Malaysia supaya tidak menghampakan peminat," katanya.
Dalam pada itu, beliau yang memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 bersama Wooi Yik berharap dapat menebus kekalahan lepas di pusingan kedua Terbuka Denmark tahun lepas di tangan gandingan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun, pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.
Menurutnya, mereka akan kekal fokus dan mendengar nasihat yang diberikan Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky dalam mencapai prestasi terbaik.
"Jurulatih Rexy memang kata kita kena lebih 'hunger' untuk menang setiap perlawanan sebab ia jelas nampak bila kami sudah di separuh akhir atau di final, mungkin kita terlalu fikir banyak jadi kurang fokus pada perlawanan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata mereka masih dalam proses pemulihan akibat keracunan makanan ketika menyertai Kejohanan Masters Indonesia, minggu lepas.
Sabtu lepas, Aaron-Wooi Yik tewas pada separuh akhir Terbuka Indonesia di tangan pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-18, 21-13.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 22 2022

Beraksi di laman sendiri Aaron berkata mereka mengharapkan sokongan daripada peminat badminton tanah air untuk dijadikan motivasi bagi menampilkan persembahan cemerlang di kejohanan tersebut. - Gambar fail/BERNAMA

KKM teliti gabung fungsi penguatkuasaan kesihatan awam dan penjajaran jawatan PKP/PPKP
Cadangan itu telah dikemukakan oleh CUEPACS kepada Kementerian Kesihatan.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Apple labur US$500 bilion di AS dalam tempoh empat tahun di sebalik ancaman tarif Trump
Rancangan ini merangkumi pembinaan kilang di Texas, menggandakan Dana Pembuatan Termaju AS, penubuhan akademi pembuatan, mempercepatkan pelaburan AI dan kejuruteraan silikon.

1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.