PUTRAJAYA: Petinju Perak Muhammad Abdul Qaiyum Ariffin akhirnya berjaya menghadiahkan pingat emas buat negerinya menerusi Sukan Malaysia (Sukma) ke-20, setelah lapan tahun berkecimpung dalam sukan itu.
Beliau muncul juara kategori Light Fly 46-48 kilogram (kg) lelaki selepas menewaskan petinju Pulau Pinang, R. Pavithran dengan keputusan 5-0 pada perlawanan berlangsung di Kompleks Futsal Precint 18 itu.
"Saya telah bermain untuk Perak berapa lama dah dan negeri itu telah banyak membantu saya dari dahulu hingga kini, jadi saya berbangga kerana akhirnya dapat hadiahkan pingat emas buat mereka.
"Ini merupakan titik permulaan saya untuk terus berkembang dalam sukan tinju selepas ini," kata petinju kebangsaan itu.
Sukma tahun ini merupakan kali pertama dan juga terakhir buat beliau yang berusia 21 tahun. (Had umur penyertaan Sukma adalah 21 tahun ke bawah).
Selain itu, beliau turut mengakui pengalaman sebagai petinju kebangsaan memberi kelebihan kepadanya.
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Pavithran meraih perak bagi kategori itu manakala gangsa dikongsi Muhammad Denial Norsukeri yang mewakili Johor dan Steve Yosores dari Sabah.
Sementara itu, dalam kategori Bantam 51-54kg lelaki menyaksikan petinju Sabah Joel Evekly Jain muncul juara selepas menewaskan petinju Johor Sharol Nizam Norsukeri dengan keputusan 3-2.
Sharol Nizam terpaksa berpuas hati dengan perak manakala gangsa dikongsi atlet Terengganu Harith Haykal Rasaidi dan atlet Perak Mohamad Fareezad Mohamad Tamisi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022

Muhammad Abdul Qaiyum menunjukkan pingat emas yang dimenanginya pada acara tinju 46-48kg pada Sukan Malaysia 2022 semalam. -- fotoBERNAMA

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Aniq Kasdan kecewa sukan angkat berat masih dipalit masalah doping
Barisan atlet elit kebangsaan sudah berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan imej sukan itu.

Terbuka Vietnam: Jun Hao sudah lupakan kekalahan dalam final Sukma MSN
Leong Jun Hao memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Terbuka Vietnam bermula Selasa ini.

Johor akan beri penghargaan kepada atlet cemerlang Sukma
Menteri Besar berkata, Johor mencipta sejarah apabila berjaya menjadi juara buat pertama kalinya dalam 36 tahun penganjuran Sukma.

Sukma MSN: Johor idam cipta sejarah paling banyak raih emas
Sekiranya sasaran lebih 80 emas itu berjaya direalisasikan, ia akan menyaksikan negeri dari selatan itu mencipta rekod baharu.

Sukma MSN: Terengganu takluk ibu pingat selepas 12 tahun
Berwaspada dengan ancaman di sebalik status 'underdog', Terengganu dipaksa menyerap asakan skuad Pulau Pinang.

Penantian emas 26 tahun hoki lelaki Pahang berakhir
Muhammad Idris Samad muncul sebagai wira pasukan menerusi jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-59.

Abdul Qaiyum hadiahkan emas buat Perak selepas lapan tahun
Beliau menewaskan petinju Pulau Pinang, R. Pavithran dengan keputusan 5-0.

Sukma: Wilayah Persekutuan mula dapat momentum, Johor sukar digugat
WiPers muncul kontinjen paling cemerlang apabila merangkul 11 daripada 59 pingat emas yang ditawarkan.

Pulau Pinang ke final, pegawai kejar pengadil dalam aksi 'panas'
Sepakan penalti oleh ketua pasukan menghampakan Wilayah Persekutuan yang belum pernah merangkul emas sejak edisi pertama pada 1986.

Sukma: Anak Mirnawan rangkul emas silat
Mirsha Nurathiqa membanggakan Mirnawan serta keluarga selepas merangkul emas acara silat seni kategori solo kreatif putri.