PHNOM PENH: Perenang para negara Abd Halim Mohammad, tersenyum puas apabila berjaya menambah koleksi pingat emas ketiga peribadinya menerusi acara 50 meter (m) kuak dada lelaki (SB8- kecacatan fizikal), pada hari ketiga pertandingan Sukan Para ASEAN (APG) 2023, hari ini.
Abd Halim berpendapat dilahirkan dalam keluarga nelayan yang sinonim dengan air sejak kecil, memberi kelebihan untuk beliau mempamerkan aksi bertenaga dengan catatan 34.44 saat (s) untuk meraih emas, sekali gus memadamkan rekod lamanya sendiri iaitu 34.88s, yang dicatatnya tahun lepas.
Beliau berkata nasihat daripada arwah bapa Mohammad Bondan yang meninggal dunia pada 2013, menjadi penguat semangat buat beliau untuk terus memungut pingat menerusi acara kolam renang.
"Saya tidak sangka dapat bawa pulang tiga emas terutamanya menerusi acara hari ini, memang terkejut namun bersyukur. Setiap kali saya pergi sertai kejohanan pasti teringat kata-kata semangat dari arwah ayah dan saya masih berpegang teguh pada nasihat itu.
"Arwah ayah selalu kata saya ada bakat dalam sukan jadi perlu berusaha sungguh-sungguh kalau mahu hasil. Lagipun kami hanya datang dari keluarga nelayan namun saya tetap bangga sebab perkara itu beri kelebihan pada saya," katanya kepada Bernama.
Anak buah Eva Wong menceritakan, beliau hanya terlibat sepenuh masa dalam bidang sukan air bermula pada 2017, selepas meninggalkan dunia olahraga yang diceburi selama tujuh tahun sebelum itu.
Beliau berkata perubahan sukan dibuat, selepas terdapat halangan daripada kategori yang mahu disertainya, sehingga memaksa beliau mencari alternatif lain dengan menyertai uji bakat Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, yang menagih atlet renang ketika itu.
Abd Halim, 25, sama sekali tidak menyesal bertukar kepada sukan air, yang seolah-olah membawa tuah kepada dirinya, setiap kali menyertai kejohanan pentas antarabangsa.
"Saya mula dengan sukan olahraga pada 2010 namun ketika 2017, terdapat masalah kategori namun saya tidak mahu meninggalkan dunia sukan.
"Pada pertengahan tahun sama, MSN Sabah ada mencari atlet renang dan saya mencuba. Tidak sangka rezeki saya di sana sehingga sekarang," kata anak keenam daripada tujuh adik-beradik itu.
Beliau yang tinggal bersama ibu Saring Ibhrahim di Tuaran, Sabah berterima kasih kepada keluarga kerana sentiasa berada di sisinya setiap kali susah dan senang.
Abd Halim bagaimanapun berkata hatinya berat setiap kali terpaksa meninggalkan ibunya seorang diri di kampung, untuk menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa namun tetap melakukannya demi Malaysia.
Abd Halim yang membuat penampilan kali kedua selepas edisi Solo, Indonesia telah meninggalkan pesaing dari Vietnam Quang Vuong yang mencatatkan masa 37.68s dan perenang Indonesia Guntur Guntur (37.87s) pada acara 50m kuak dada lelaki SB8.
Semalam, beliau merangkul dua pingat emas bagi acara 100m kuak dada SB8 (kecacatan fizikal) dan 100m gaya bebas S8 (kecacatan fizikal).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
![Abd Halim bangga jadi anak nelayan, beri kelebihan dalam acara kolam renang Abd Halim bangga jadi anak nelayan, beri kelebihan dalam acara kolam renang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685954942_AbdHalimMohammad.jpg)
Perenang para negara Abd Halim Mohammad mempamerkan aksi bertenaga dengan catatan 34.44 saat (s) untuk meraih emas. - Bernama
Pantau Belanjawan: Pemilihan PKR - Pengukuhan keadilan prioriti utama
Bersama hos, Ibrahim Sani, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menekankan bahawa pengukuhan keadilan adalah keutamaan utama dalam pemilihan PKR. Beliau bertekad untuk memperkukuh parti dan memastikan keadilan sosial serta politik terus menjadi teras perjuangan PKR.
e-hailing: Pricing mechanisms and sustainability
![[KOLUMNIS] Toleransi: Realiti atau retorik semata? [KOLUMNIS] Toleransi: Realiti atau retorik semata?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739158338_masjid.jpg)
[KOLUMNIS] Toleransi: Realiti atau retorik semata?
Segelintir pihak tampak cekap memperjuangkan isu sensitif, tetapi tidak apabila menyentuh isu berkaitan agama atau umat Islam.
Saifuddin puji Prabowo mentertibkan rakyat Indonesia
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution memuji sikap Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam mentertibkan rakyat Indonesia dalam mencari rezeki di negara luar dengan menggunakan laluan undang-undang yang betul.
Saling menghormati, tolak ansur dan percaya satu sama lain - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata harus saling hormat-menghormati, tolak ansur dan saling mempercayai antara satu sama lain demi menjaga kepentingan bersama. Ini demi meningkatkan toleransi rakyat berbilang kaum dan agama.
Elemen kecerdasan buatan dalam perkhidmatan kerajaan - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata elemen kecerdasan buatan akan diadapatasi dalam perkhidmatan kerajaan. Perkasa itu disebut semasa ucapannya dalam Majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri pada Isnin.
![Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730209861_Wismaputra.jpg)
Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN
Selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN 2025 'Keterangkuman dan Kemampanan', Malaysia akan mengetengahkan beberapa keutamaan.
![Sivasangari raih gelaran pertama musim ini di Piala Cincinnati Gaynor 2025 Sivasangari raih gelaran pertama musim ini di Piala Cincinnati Gaynor 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739153348_tbSivasangari.jpg)
Sivasangari raih gelaran pertama musim ini di Piala Cincinnati Gaynor 2025
Pemain skuasy negara S. Sivasangari menewaskan pilihan kedua tuan rumah Amanda Sobhy dalam perlawanan sengit lima set.
PM tabik penjawat awam bertugas demi jaga nama baik negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hargai usaha penjawat awam yang bertugas bertungkus lumus pada hujung minggu demi menjaga nama baik negara antaranya dalam mempersiap acara lawatan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia.
#AWANInews
#AWANInews
![Sentimen berhati-hati asak ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS Sentimen berhati-hati asak ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Sentimen berhati-hati asak ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar AS ketika pasaran terus ditekan sentimen berhati-hati.
![Abd Halim bangga jadi anak nelayan, beri kelebihan dalam acara kolam renang Abd Halim bangga jadi anak nelayan, beri kelebihan dalam acara kolam renang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685954942_AbdHalimMohammad.jpg)
Abd Halim bangga jadi anak nelayan, beri kelebihan dalam acara kolam renang
Perenang para negara Abd Halim Mohammad mempamerkan aksi bertenaga dengan catatan 34.44 saat (s) untuk meraih emas.