LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) bakal mengadakan Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual 30 Disember ini sebagai acara penutup kalendar bagi Liga Malaysia 2020.
Keunikan ABK20 Virtual pada kali ini menyaksikan penyokong turut diberikan peranan dalam pemilihan pemenang.
Seramai 344 pemain layak untuk diundi dalam kategori masing-masing dan pengundian penyokong akan dikira bersama dengan pengundian juri profesional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media.
Berbanding ABK edisi sebelum ini, konsep undian penyokong diambil kira memandangkan perlawanan musim ini terpaksa disingkatkan akibat pandemik COVID-19 dengan saingan Liga Super dan Liga Perdana berlangsung separuh pusingan, manakala Piala FA dan Piala Malaysia dibatalkan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, ABK20 Virtual diadakan konsep secara virtual selaras saranan pihak kerajaan yang menggalakkan penjarakan sosial atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pandemik COVID-19 ini.
Katanya, MFL sentiasa berusaha untuk memastikan kerja keras pemain dan jurulatih sentiasa dihargai selain ABK20 Virtual ini juga diwujudkan sebagai pengiktirafan buat penyokong bola sepak tempatan.
“Umum mengetahui perjalanan kalendar bola sepak Malaysia tahun ini tidak berjalan sebaiknya terutama penyokong tidak dibenarkan ke stadium ketika saingan Liga Malaysia berlangsung disebabkan pandemik COVID-19.
“Jadi MFL tidak mahu elemen penyokong diketepikan di mana bagi ABK20 Virtual ini, mereka telah diberikan peranan untuk mengundi pemain kesayangan mereka.
“Ini adalah pertama kali kita menyaksikan penyokong diberikan kuasa untuk mengundi dan saya percaya keputusan ini adalah terbaik bagi acara penutup kalendar Liga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
ABK20 Virtual menyaksikan 567 jumlah keseluruhan pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia termasuk pemain muda yang berdaftar di Piala Presiden dan Piala Belia. Namun seramai 344 pemain sahaja memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu beraksi sekurang- kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2020.
Jawatankuasa Saringan akan menyenaraipendek 10 pemain terbaik bagi setiap kategori iaitu Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik yang akan diumumkan hari ini (20 Disember 2020).
Anugerah Pasukan Terbaik turut disenaraikan dalam ABK20 Virtual kali ini.
Senarai 10 pemain terbaik yang terpilih ini akan dihantar kepada juri profesional yang terdiri daripada 24 ketua jurulatih, 24 ketua pasukan dan 24 wakil media bakal menyumbang 70 peratus kiraan mata.
Sementara baki 30 peratus kiraan mata ABK20 Virtual akan diundi oleh peminat menerusi undian di platform undian di mana tempoh pengundian akan dijalankan selama lima hari maksimum bermula Isnin (21 Disember 2020).
Pemenang akan dimuktamadkan daripada 70 peratus kiraan mata juri profesional dan 30 peratus kiraan mata undian peminat.
Sebagai rekod, Anugerah seperti Pemain Muda Harapan, Pemain Import Terbaik, Pemain ASEAN Terbaik, Penyokong Terbaik, Fan XI, Pemain Paling Popular, Laman Web Terbaik, Media Sosial Terbaik, Anugerah Mesra Media, Anugerah Komuniti, Anugerah Persahabatan, AFL Liga M3 - Pasukan Terbaik, AFL Liga M3 - Pemain Terbaik, Pengadil Berpotensi dan Anugerah Fair Play tidak dipertandingkan dalam ABK20 Virtual.
Astro Arena
Sat Dec 19 2020

Tidak mahu elemen penyokong diketepikan, ABK20 Virtual kali ini, MFL akan memberi peranan kepada mereka untuk mengundi pemain kesayangan.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.

Liga Premier tidak akan dikembalikan tahun depan - Rossi
Harapan peminat bola sepak negara untuk melihat kembali saingan Liga Premier seawal musim depan tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat kerana kesuntukan masa.

MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu konsisten dengan hukuman serta menyatakan rasional di sebalik setiap keputusan dibuat.

Rayuan ditolak, Kelantan FC terpaksa lupakan Liga Super
Kelantan FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal dalam saingan Liga Super musim 2024-2025, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab itu bagi Lesen Kebangsaan.

Sepak mula musim baharu Liga-M pada Mei 2024
Musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 akan bermula pada 3 Mei 2024 dan dijadual berakhir April 2025.

Final Piala Malaysia pada 8 Dis di Stadium Nasional
MFL mengesahkan bahawa final Piala Malaysia 2023 antara JDT dan Terengganu FC bulan depan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Liga Super: Masalah kewangan ancam jumlah pasukan musim depan
Isu masalah kewangan sehingga menjejaskan pembayaran gaji pemain dan pegawai berpotensi menggugat perancangan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk mengekalkan jumlah pasukan bertanding dalam saingan Li

Liga-M 2024 bermula April
Liga Malaysia musim depan bakal bermula pada April 2024 hingga April 2025 selari dengan takwim Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Perkenalkan FFP di negara ini tahun depan - TMJ
TMJ juga menyarankan FAM dan MFL mengutamakan pembangunan bakat akar umbi pasukan bola sepak di negara ini.

Piala Malaysia: Aksi final JDT bertemu Selangor berulang?
JDT diundi bertemu pasukan tercorot liga, Kelantan FC, dalam perlawanan yang dimulakan dengan pusingan 16 terbaik.