KUCHING: Spartan, acara sukan lasak berhalangan terbesar di dunia, akan kembali ke Bumi Kenyalang Jun ini dengan edisi Perlumbaan Spartan Sarawak selepas dua tahun penangguhan akibat pandemik COVID-19.
Menurut kenyataan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, perlumbaan itu akan diadakan pada 11 dan 12 Jun di Institut Pertanian Sarawak dan Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak, kedua-duanya di Semenggo di sini.
"Perlumbaan Spartan Sarawak dinobatkan sebagai perlumbaan Spartan paling sukar di Asia Tenggara oleh pelumba Spartan selepas acara itu julung kali diadakan di Sarawak pada 2019. Perlumbaan tahun ini tiada bezanya dan akan menampilkan dua kategori paling popular iaitu 5 km Sprint (20 halangan) dan 10 km Super (25 halangan)," menurut kenyataan itu.
Perlumbaan berkenaan dijangka menarik 2,500 peserta dengan 1,000 orang dari luar Malaysia dan setakat hari ini, seramai 1,058 peserta telah berdaftar untuk acara itu.
"Perlumbaan Spartan Sarawak 2022 akan meletakkan negeri ini pada peta sebagai destinasi pelancong antarabangsa kerana acara ini dijangka menarik minat pelumba dari seluruh rantau ini," menurut kenyataan itu.
Mereka yang mendaftar untuk Perlumbaan Spartan Sarawak 2020 boleh memindahkan tiket mereka ke perlumbaan tahun ini dengan menghantar maklumat menerusi e-mel [email protected] manakala mereka yang belum mendaftar boleh berbuat demikian melalui https://my.spartan.com/en.
Spartan juga akan menganjurkan Borneo Trail Classic pada Oktober ini di Sarawak, satu daripada sembilan hentian Spartan Trail World Championship Series (STWC) di seluruh dunia dan satu-satunya hentian di Asia.
Borneo Trail Classic yang menawarkan hadiah wang berjumlah AS$18,000 (RM76,456.91) akan diadakan di Redeems Centre di Kampung Apar dari 14 hingga 16 Okt, dengan pelumba perlu berlumba merentasi hutan, bukit dan sungai untuk ke garisan penamat bagi merangkul anugerah rasmi dan pingat STWC.
Maklumat lanjut mengenai Borneo Trail Classic boleh didapati di www.borneotrailclassic.com.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022

Perlumbaan berkenaan dijangka menarik 2,500 peserta dengan 1,000 orang dari luar Malaysia dan setakat hari ini, seramai 1,058 peserta telah berdaftar untuk acara itu. - Facebook Spartan Race Malaysia

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.