KUALA LUMPUR: Pelumba Thailand, Komet Sukprasert, mengungguli kategori elit lelaki Kejohanan Lumba Basikal BMX Asia 2022 (ACC BMX 2022) di Arena BMX Nasional, Negeri Sembilan, hari ini.
Dua pelumba Indonesia melengkapkan kedudukan podium apabila Gusti Bagus Saputra dan Yusri Wakhidur Rizal masing-masing merangkul pingat perak dan gangsa manakala wakil Malaysia, Yohannes Larenza Maehian mengakhiri saingan di tempat ketujuh.
"Sudah tentu kejayaan ini amat penting bagi saya kerana ia menjadi mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Saya harap dapat mengumpul mata lagi dalam beberapa kejohanan akan datang untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024," kata Sukprasert, dalam kenyataan dikeluarkan, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Kejayaan Sukprasert meraih pingat emas itu menyaksikan beliau muncul satu-satunya pelumba yang berjaya memecah dominasi gergasi Asia, Jepun, dalam kejohanan tersebut.
Ini selepas wakil Jepun berjaya menguasai kategori elit wanita, kategori Bawah-23 tahun (B-23) lelaki dan wanita serta peringkat junior.
Kanami Tano muncul juara kategori elit wanita manakala Amellya Nur Sifa dari Indonesia memenangi perak dan pelumba Thailand Chutikan Kitwanitsathian pula terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.
Ryo Shimada dan Jui Yabota masing-masing menguasai kategori B-23 lelaki dan wanita manakala kategori junior pula menyaksikan Hyoga Kiuchi meraih emas acara lelaki diikuti Neneka Nishimura bagi acara wanita.
Sementara itu, jurulatih skuad kebangsaan BMX Jepun, Masa Sampei berkata beliau sememangnya meletakkan harapan tinggi kepada barisan pelumbanya dalam misi mereka melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Selepas ini, kami akan membuat persiapan bagi menghadapi beberapa kejohanan akan datang yang turut menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik Paris. Bagi saingan di Malaysia ini, saya boleh katakan misi kami sudah tercapai," katanya.
Di sebalik prestasi cemerlang kem Jepun, skuad kebangsaan masih boleh berbangga apabila Amer Akbar Anuar membawa pulang pingat gangsa saingan B-23 lelaki manakala Eddyna Nasuhar Zainal Abidin menduduki tempat ketiga kategori B-23 wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022

Komet Sukprasert ungguli kategori elit lelaki, sambil diapit dua pelumba Indonesia di kedudukan perak dan gangsa. - Facebook: Komet Sukprasert

PSM sedia jadikan Stadium Jalan Raja Muda sebagai Akademi Sepak Takraw bertaraf dunia
Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan mengakui Stadium Jalan Raja Muda Kampung Baru, memerlukan penambahbaikan sebelum dapat dibangunkan sebagai ASTM pada Jun ini.

Dewan Negara lulus usul Junjung Kasih Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi
Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited.

Pelaporan korporat yang berkualiti dorong keyakinan pelabur - Abdul Wahid
Pelaporan korporat yang berkualiti memberi impak ketara terhadap keyakinan pelabur, memudah cara pertumbuhan perniagaan dan sekali gus menyumbang kepada kemajuan ekonomi secara keseluruhannya.
Bina Semula Gaza: Pelaksanaan pelan Negara Arab berdepan pelbagai ketidaktentuan - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff dan Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor menegaskan pelaksanaan pelan pembangunan Gaza oleh Negara Arab berdepan ketidaktentuan sumber dana. Bahkan, Pensyarah Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim menjelaskan Mesir sendiri tidak akan menerukan pelan terbabit tanpa restu Amerika Syarikat #DialogTigaPenjuru

MA63: Kerajaan MADANI selesai tunai sembilan tuntutan setakat ini - Fadillah
Kerajaan MADANI berjaya menyelesaikan sembilan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pasaran getah ditutup rendah susulan prestasi lemah niaga hadapan serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini susulan petunjuk lemah daripada pasaran serantau dan kemerosotan harga minyak, kata seorang peniaga.
Dialog Tiga Penjuru: Pelan Pembangunan Semula Gaza: ‘Liga Arab Vs Trump
Apa cabaran dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab sebagai penolakan terhadap rancangan awal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengusir penduduk Palestin melalui projek ‘Riviera Timur Tengah’? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.

FBM KLCI ditutup tinggi melantun semula daripada penurunan 5 hari
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) muncul sebagai indeks yang mencatatkan prestasi tertinggi di rantau ini hari ini, meningkat 1.69 peratus apabila melantun semula daripada penurunan lima hari.
Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.

ACC BMX 2022: Sukprasert pecah dominasi Jepun
"Sudah tentu kejayaan ini amat penting bagi saya kerana ia menjadi mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024."