BEKAS penjaga gol kebangsaan, Azmin Azram Abdul Aziz, berpandangan teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Pohang Steelers 5-2 merupakan sesuatu yang 'bijak'.

Arif Aiman mencipta nama selaku penjaring pada minit ke-56 selepas mengumpan penjaga gawang Pohang, Yoon Pyung-gook, untuk melakukan kesilapan mudah ketika dalam kotak penalti sekali gus memberikan peluang buat pemain berusia 22 tahun itu menoktahkan dengan jaringan.

"Apabila penjaga gol mula hentikan bola dia sudah mulakan umpanan badan dia ke kiri seolah dia mahukan pengaja gol Pohang melepaskan bola ke sebelah kiri.

"Apabila bola dilepaskan dia menghulurkan kaki untuk menampan bola, tindakan ini sangat bijak. Cara dia umpan penjaga gawang sangat bijak." katanya.



Turut mencipta nama selaku penjaring adalah Oscar Arribas, Bergson da Silva, Jese Rodriguez dan Jorge Obregon.

Secara keseluruhan menyaksikan Harimau Selatan menamatkan cabaran peringkat kumpulan A, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di kedudukan keempat dengan 14 mata selepas lapan perlawanan.

Kelompok tiga teratas pula dihuni tiga kelab dari Jepun iaitu Kawasaki Frontale, Yokohama FM, dan Vissel Kobe. -- Stadium Astro