Untuk rekod, tiket perlawanan pasukan Harimau Selatan berdepan Pohang dalam aksi terakhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) telah habis terjual semalam.
Malah, bekas pemain kebangsaan Korea Selatan B-23 itu turut menjelaskan cuaca di Malaysia dalam keadaan baik setakat ini dengan dia berharap keadaan itu akan berterusan sehingga hari perlawanan nanti.
"Ini kali pertama saya berdepan Johor, seperti kata jurulatih katakan mungkin kami tidak mencapat keputusan yang baik dalam perlawanan terakhir tetapi kami akan cuba menang dalam aksi esok.
"Cuaca lebih baik daripada sangkaan kami apabila sampai semalam, saya harap cuaca ini akan berterusan esok. Kami telah membuat persediaan untuk aksi ini.
"Tidak kira berapa ramai penyokong, saya telah bersedia walaupun ia akan menyukarkan kami." katanya.
JDT merekodkan kehadiran tertinggi iaitu seramai 34,236 penyokong adalah ketika berdepan skuad kendalian Kim Pan-gon, Ulsan HD, November lalu. -- Stadium Astro
